Quantcast
Channel: Mommy's Diary of Life
Viewing all 249 articles
Browse latest View live

ORANG PEREMPUAN

$
0
0
Salam
credit pic : i luv islam
Kata PU Zaid

Orang Perempuan.

Orang perempuan, kalau bergaduh dengan orang dia sayang, semua kerja tak jadi.

Badmood seharian. Menangis la. Rasa nak demam la. Rasa sakit kepala la. Macam-macam perkara negatif la. Semua benda yang dia nak buat semua tak jadi...

Orang perempuan tak suka kena marah. Tak suka orang garang-garang dengan dia. Tak suka kena tengking. Tak suka diabaikan. Orang perempuan sangat suka bila ada orang ambil berat tentang dia.

Orang perempuan susah nak dengar cakap kalau orang nasihat dia sindir-sindir atau tegur kasar-kasar dengan dia. Bagi dia, cukup cakap baik-baik. Kalau dengan cara itu, in shaa Allah dia mudah terima.

Dan.. orang perempuan sangat suka dipujuk bila dia merajuk!"
Erm.

Bagi Mommy, betullah. Orang perempuan. Hati tisu. Kerak nasi.

Suka sentap.

Dah sentap, bajet nak orang pujuk. Bila dah dipujuk, mesti buat2 jual mahal. Yang orang lelaki tadi nak pujuk ni, dari nak pujuk, terus jadi taknak pujuk!

Sebab apa? Sebab malas dan rasa buang masa.

Alahai orang lelaki. Perempuan tu merajuk pun bukan sampai tahap nak pergi terjun bangunan pun. Pujuk-pujuk rayu sampai orang perempuan tu rasa menang, apa salahnya?

Jatuh ke ego lelaki tu?

Kahwin sebab sayang. Takkan nak pujuk dan menangkan orang perempuan itu pun susah? Kata sayang tadi?

Merajuk pun tanda manja. Kata nak orang perempuan tu manja-manja. Tak suka ke?

Bukan susah pun nak pujuk.

Bila orang perempuan tu merajuk, muncung sampai boleh ikat riben la mulut tu, apa salah orang lelaki tu tadi terus say:

"alala.. jangan la merajuk. sori kay? sori? sori leh tak? please? jangan la diam. please? ololo comey abang!"

Orang perempuan.. nak merajuk lagi ke lepas tu?

Tak jalan? Ok. Biar tenang kejap. Tengok mulut orang perempuan tu tadi. Dah tak perlu ikat riben dek muncung tadi ke tak? Ok.. Kalau dah tak perlu, mulakan step. Wording macam tadi, plus pegi je peluk. Bukannya orang perempuan tu nak pergi cari pisau nak toreh dada orang yang peluk tadi pun! Dah peluk, say la sori sikit!

Itu pun nak kena ajar ke??

Mengalah bukannya bererti salah. Silap-silap lepas pujuk tu, kemain lagi orang perempuan tu pun say sorry & bertambah mesra.

End up, ada anak baru pulak. Eh.

Kbai.

Find me on Instagram
Ephyra tanpa modal

BAYI DITEMUI KESEJUKAN DI DALAM MESIN BASUH

$
0
0
Salam.

Allahu. Terkejut sekejap Mommy baca berita ni.

Bayi ditemui kesejukan dalam mesin basuh.

Mommy rasa ni kes panik dan main letak je. Mujurlah baby tu selamat.

Baca

YAN: Seorang bayi perempuan berusia sehari ditemui dalam sebuah mesin basuh milik salah seorang penduduk di Kampung Ulu Dulang Kechil, Yan, Kedah, lewat malam Selasa.

Tambah menyedihkan, bayi malang tersebut ditemui dalam keadaan kesejukan dan menangis tanpa dibalut dengan sebarang pakaian.

Ketika kejadian, Zainol Hamid, 71 yang sedang beristirehat bersama keluarga di bilik berasingan, terdengar suara tangisan bayi dari arah belakang rumahnya.

"Saya baru keluar tandas, tiba-tiba saya dengar bunyi tangisan bayi di belakang rumah. Saya cari di bahagian dapur, rupanya bayi tersebut ada dalam mesin basuh tanpa pakaian dengan tali pusat," katanya kepada Astro Awani.

Zainol kemudiannya membuat laporan polis dan percaya bayi berkenaan telah dibawa masuk melalui pintu belakang rumah yang tidak berkunci sebelum melarikan diri.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Yan, DSP Muhamad Halim Yatim ketika dihubungi berkata, pihaknya ada menerima maklumat tentang kes pada jam 10.44 malam sebelum bergegas ke lokasi.

Sebaik tiba, bayi perempuan itu yang dalam keadaan cukup sifat, disahkan sihat oleh pembantu perubatan Hospital Yan yang juga tiba untuk membuat pemeriksaan.

Siasatan awal mendapati, suspek dipercayai memasuki rumah penduduk berkenaan dari pintu belakang yang tidak berkunci sebelum meletakkan bayi berkenaan dalam mesin basuh.

Tambahnya, pihak polis kini sedang mengesan suspek dan meminta mana-mana hospital atau klinik swasta supaya segera menyalurkan maklumat sekiranya terdapat individu yang disyaki datang untuk mendapatkan rawatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana membuang bayi.

****

Mommy takut sangat2 dengan zaman sekarang. Kalau sekarang ni dah macam2 kejadian berlaku, bagaimana pula masa depan. Bekal apa yang perlu kita beri buat anak2 kita? Cuma IMAN semata2. Mudah2an anak2 kita selamat dari perkara bahaya dan juga berjaya menghindari maksiat.

Peranan parent, tak mudah. Tapi berusaha dan berdoalah.

Kadang2 orang cakap, kes gejala sosial ni akibat salah didikan. Tapi kalau ia disebabkan oleh penjahat yang rakus mencari mangsa, salah siapa pula? T_T

Find me on Instagram
Ephyra tanpa modal
Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc?

DOA AMALAN ANAK-ANAK MOMMY SEBELUM TIDUR

$
0
0
Salam

DOA AMALAN ANAK-ANAK MOMMY SEBELUM TIDUR


Sebelum tidur selalunya Mommy amalkan membaca beberapa surah bersama anak2 Mommy.

Sejak dari Hannah kecil dan belum tahu bercakap, apatah lagi menghafal, Mommy dah sentiasa baca bersamanya.

Sedia maklum bahawa Hannah mula bercakap pun bila usia beliau 2 tahun lebih (kalau ikut tahun lahir, usia 3 tahun), tapi dia dah terbiasa mendengar dan ikut Mommy membaca slow2.

DOA TIDUR

Sebelum tu, Mommy dedahkan dengan video bacaan doa sebelum tidur. Jadi, Mommy ajak dia bernasyid sebelum tidur. Dengan cara itu beliau sudah mula menghafal.

MENGUCAP  DUA KALIMAH SYAHADAH

Sejurus selepas doa tidur dibaca, 2 kalimah syahadah pula dibaca. Cara Mommy mengajar Hannah menghafal ialah dengan cara membaca suku kata.

Jika doa sebelum tidur dibaca hasil dari lagu nasyid video doa sebelum tidur, kaedah membaca doa2 seterusnya seperti belajar suku kata.

ALFATIHAH

Selepas selesai mengucap, kami sama-sama membaca surah al-fatihah. Starting memang ajar cara suku  kata juga. Tapi sekarang memang dah ok dah.

3 QUL

Tamat surah alfatihah, kami membaca sama-sama 3 Qul iaitu surah al-ikhlas, al falaq dan an-nass. Mula-mula dahulu surah al ikhlas paling mudah di hafal, kemudian surah an-nass. Ada sedikit 'kesusahan' ketika menghafal surah al-falaq. Namun berkat kesabaran, akhirnya sekarang semua boleh.

AYAT KURSI

Terbaru, bulan 10 ni nampak Hannah baru boleh mula menghafal ayatul kursi pula. Jadi, macam biasa, latih slow-slow2. Salah, ulang semula.

Maksudnya, setiap malam memang wajib doa-doa di atas. Banyak kan? Tapi itu lah yang diamalkan sejak baby lagi.

Ada satu lagi tambahan doa yang Hannah selalu baca sebelum tidur.

Doa dhuha!

Hihihihihi. Hasil belajar di tadika Little Caliph la tu.

Dan untuk pengetahuan semua, sepanjang ajar Hannah menghafal ini, rupanya si kecik tu, Ariq Emir turut sama menghafal. Sekarang, 2 tahun 11 bulan, dia dah boleh ikut doa tidur, mengucap dan alfatihah secara suku kata. Alhamdulillah ya Allah!!

p/s : mungkin kawan2 biasa terdengar video di Instagram Mommy yang selalu memperdengarkan bacaan surah2 ini oleh Hannah di waktu malam. Tq tau yang sudi folo ig Mommy tu.

TEMA PINK DI MEJA OFFICE 2015 : LATEST LOOK

$
0
0
Salam

Sedar tak sedar, rupanya dari 2014 Mommy guna tema pink untuk meja office Mommy ni.

Boleh tengok SEMUA POST BERKAITAN HELLO KITTY di sini.

TEMA PINK DI MEJA OFFICE 2015 : LATEST LOOK


Selepas beberapa perubahan sepanjang tahun 2015 ini, tetapi masih setia bertemakan Hello Kitty, ada beberapa aksesori yang Mommy baru je tambah hari ini.

iaitu..

jeng jeng jeng..

KEYBOARD HELLO KITTY

serta

OPTICAL MOUSE HELLO KITTY

Hihihi. Over ok. Takpe lah. Dah nak tema sangat kan?

Lain-lain masih sama je keadaan kecuali beberapa pokok kaktus sudah almampusi..

Ok dah cuba letak kat cubicle.

Nampak macam kena sangat tema hitam pink tu..

First time tengok dah tergoda sangat-sangat dah. Hii

Pertama kali guna tadi, rasa kekok. Sebab agak kecil dari biasa. Tapi, lama-lama dah ok. Hiii

Mousepad tu dah lama beli

Item lain masih sama dan setia di atas meja Mommy.

Cuma beberapa pokok kaktus je la dah takde

Cawan kaca yang Mommy pernah guna di atas pelapik ini pun telah selamat diganti cawan lain.

Jam ini sebenarnya dah habis bateri. Tapi biar je la sebagai hiasan. Hiiii

Kusyen ini memang membantu sangat-sangat ketika menyandar di kerusi.

Jadi, inilah rupa terbaru meja office Mommy. Mommy tak suka sepah-sepah. Tak reti nak buat kerja. Ambil satu persatu kerja, letak depan keyboard dan buat kerja. Kalau hari tu xde benda nak refer, kerja yang cuma memerlukan Mommy mengadap PC, so memang xde apa depan Mommy. Cuma PC. Hiii


Lain pula minat Mommy di rumah. Mengumpul Lego adalah keutamaan di rumah. Mereka di bawah ini mempunyai tugas masing-masing. Sama ada props ketika travel atau ketika food photoshoot. Hihi.

So, uols ada minat mengemas macam Mommy ni? Jom kongsi.

Find me on Instagram
Ephyra tanpa modal
Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc?

DOA AMALAN SETIAP PAGI SEBELUM KE TADIKA

$
0
0
Salam

DOA AMALAN SETIAP PAGI SEBELUM KE TADIKA


Kalau sebelum ini Mommy ada kongsi DOA AMALAN ANAK-ANAK MOMMY SEBELUM TIDUR, kali ni Mommy nak kongsi doa-doa amalan setiap pagi yang Hannah Damia amal sejak mula masuk tadika awal tahun 2014 (4 & 5 tahun).

Untuk pengetahuan, Hannah Damia sudah berusia 5 tahun pada 30 September 2015 yang lalu.

Memandangkan Hannah memang dah boleh baca surah Al fatihah sejak umur 3 tahun+ lagi, ini bukanlah masalah untuk dia amalkan sekali setiap pagi.

Doa-doa dibawah memang diamalkan oleh Mommy & Hannah dan entri ini bukan copypaste mana2 ya. Kecuali gambar diupload dari google.

Doa Naik Kenderaan


Sejurus kami masuk ke dalam kereta, Mommy akan mula menyuruh Hannah mengikut Mommy membaca Doa Naik Kenderaan dengan rentak membaca suku kata.

Ya kawan-kawan. Nak ajar doa2 panjang, rentak membaca ala-ala belajar suku kata sangat berkesan!

Cuba lihat Doa Naik Kenderaan yang dieja dalam Rumi di bawah. Boleh slow-slow ajar satu persatu. Dari tak boleh, mesti boleh!


Doa Keluar Rumah / Perjalanan


Tamat doa naik kenderaan, Hannah akan terus baca doa dalam perjalanan ini. Setiap kali Hannah membaca doa ni, Mommy mesti tersenyum sorang-sorang. Comel sangat:

Amantu billahi, I’tasamtu billahi, tawakkaltu ‘alallahi wa la haula wa la quwwata illa billahi
Ertinya: “Aku beriman kepada Allah, berlindung kepada-Nya dan berserah diri kepada-Nya (pula). Tiada daya dan upaya melainkan dengan pertolongan Allah.”

Al Fatihah


Kemudian surah Al Fatihah


Doa Penerang Hati


Seterusnya Doa Penerang Hati, yang WAJIB diamalkan sebagai seorang penimba ilmu

Allahummaftah ‘alaina hikmataka wansyur ‘alainaa min khozaa,ini rohmatika yaa arhamarraahimiin
Ertinya: Ya Allah, bukakanlah ke atas kami hikmat-hikmatMu dan limpahilah ke atas kami khazanah rahmatMu, wahai yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Doa Kejayaan


Doa untuk elak sebarang kesulitan yang bakal ditempuhi sebagai seorang pelajar khususnya

Robbisyrohlii sodrii wa yassirlii amrii wahlul ‘uqdatammillisaani yafqohuu qaulii
Ertinya: Ya Allah, Lapangkanlah dadaku, permudahkan bagiku urusanku dan lancarkanlah lidahku agar mereka faham pembicaraanku.

Dan sekali lagi, Hannah akan terus membaca Surah Dhuha & Doa Dhuha. Hihi. Alhamdulillah. Sangat comel bila menghayati bacaan anak Syurga ini.

Petua mak kepada Mommy dahulu, walau Doa tu panjang berjela macam mana sekalipun, cuba hafal 7x ulang-ulang. Inshaa Allah. No wonder dari dulu Mommy boleh baca doa panjang giler berjela lepas kena paksa baca depan Mak. Tak boleh, ulang lagi sampai boleh.

Terima kasih mak.

Sekarang, Mommy ajak anak2 Mommy pula mengamalkannya setiap hari.

Senjata orang Muslim ialah berdoa. Nak berjaya, nak mudahkan urusan, nak selamat, nak bahagia, waima nak cantik pun melalui DOA. Jangan skip DOA.

Find me on Instagram
Ephyra tanpa modal
Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc?

GIVEAWAY RYSYA SKINCARE CANTIK MACAM CHE TA BERSAMA AZLINDA ALIN

$
0
0
Salam

Jom sertai GIVEAWAY RYSYA SKINCARE CANTIK MACAM CHE TA BERSAMA AZLINDA ALIN macam Mommy. Mommy memang nak sangat2 cuba Produk Rysya Skincare ni. Manalah tahu boleh cantik macam Che Ta.

Jom lihat apa kata penaja.

***********
Apa khabar semua!! Bertemu kembali dalam entri dunia kecantikan bersama mummy ! Entri kali ini mummy nak berkongsi pengalaman mummy bersama produk Rysya Skincare. Mungkin ada yang pernah dengar dan terbaca dengan produk terbaru, iaitu Rysya Skincare daripada Rozita Che Wan (Che Ta) dan ada juga yang masih belum pernah dengar tentang produk ini lagi. Jom mummy kongsikan serba sedikit tentang apa itu Rysya Skincare.


Rysya Skincare adalah set penjagaan muka premium dimana set kecantikan ini setaraf dengan kualiti dan mutu set premium yang sudah ada lama di pasaran.

Diasaskan oleh pengasas Rysya Skincare, Puan Noorazlina Mohd Noor dan Rozita Che Wan (Che Ta) adalah duta kepada produk ini. Che Ta juga telah menggunakan produk ini selama dua bulan. Dan beliau dapati produk penjagaan kulit Rysya mampu menyerlahkan seri wajahnya. Malah beliau menasihati kaum wanita yang berusia 40an sepertinya jangan asyik sibuk dan tidak menjaga penampilan diri.

“Siapa kata bila dah masuk 40an dah nampak tak cantik. Persepsi macam itulah yang membuat ada wanita lari dan menyorok bawah katil sebab rasa dah tak cantik. Malah ada yang baharu 30 tahun tapi gigi pun dah tak ada sebab abaikan soal penjagaan kecantikan,” kata-kata Che TA sewaktu perasmian produk Rysya Skincare baru-baru ini.

Menurutnya, beliau menggunakan kesemua lima rangkaian produk Rysya seperti cleanser, toner, serum, krim magik dan sabun sarang burung dimana produk berkenaan mampu mencerahkan kulit serta melambatkan proses penuaan.

“Saya syorkan semua wanita menggunakan produk Rysya Skincare ini kerana dengan kandungan vitamin C dan 24 karat emas serta sarang burung boleh menyerlahkan seri wajah anda,” kata Che Ta yang sudah mempunyai tiga orang anak.

Rysya Skincare memasarkan produk halal untuk memenuhi permintaan dan keperluan industri produk Halal malah berkualiti tinggi mengikut piawaian antarabangsa. 

Mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), rangkaian produk Rysya Skincare meliputi lima jenis iaitu Cleanser, Toner, 24K Gold Serum, 24K Gold Miracle Cream dan Bird Nest Body Scrub.


Produk yang ditawarkan ialah LY TONER DAN LY CLEANSER 

RYSYA SKINCARE - LY Toner 
  • Direka untuk melindungi kulit, menjadikan kelihatan berseri, lembut dan licin.
  • Menegangkan kulit dan mengecilkan liang roma.
  • Menjaga kelembapan kulit, memastikan ia terhidrat dan memelihara kulit daripada menjadi kering. 
  • Sesuai untuk sensitif dan semua jenis kulit yang lain.
  • Arahan: Gunakan dua kali sehari. Sapukan pada waktu pagi dan malam selepas mencuci muka dengan Rysya Penjagaan Kulit Pembersih Muka.
  • Elakkan sentuhan dengan mata.
Kelebihan LY Toner
  • Toner ini bersifat lembut dan perlahan-lahan membersihkan kulit.
  • Formula yang sangat efektif dapat menegangkan kulit wajah.
  • Diperbuat dengan kacang soya dan ekstrak Phyto Placenta.
  • Memberikan kesegaran kulit, keseimbangan pH lembut, rasa bersih dan sangat selesa.
RYSYA SKINCARE - LY Cleanser
  • Bersifat lembut untuk menanggalkan solekan.
  • Komponen yang menyediakan ciri-ciri kebersihan yang sangat baik, kulit lembut sempurna dan segar "Natural Moisture Barrier".
  • Selepas membilas, ia akan menjadikan kulit licin bersih tanpa mengeringkan kulit.
  • Arahan: Gunakan dua kali sehari pada waktu pagi dan malam. Letakkan cleanser pada tapak tangan yang basah. Bila berbuih, perlahan-lahan urut seluruh muka, elakkan bahagian mata. Bilas sehingga bersih. 
Kelebihan LY Pencuci Muka
  • Kulit dilindungi, kelihatan berseri, dan terasa lembut dan tenang. 
  • Mengimbangi kelembapan kulit, membantu mengekalkan penghidratan dan mengelakkan kulit dari kekeringan.
  • Sesuai untuk semua kulit, termasuk kulit sensitif. 
Syarat- syarat GIVEAWAY RYSYA SKINCARE CANTIK MACAM CHE TA BERSAMA AZLINDA ALIN
  1. Terbuka kepada penduduk di Malaysia.
  2. Buatkan satu entri bertajuk - GIVEAWAY RYSYA SKINCARE CANTIK MACAM CHE TA BERSAMA AZLINDA ALIN 
  3. Follow blog ini.
  4. Follow Instagram rysyaskincareselangor
  5. Setelah siap, jangan lupa letakkan di ruangan komen butiran ini : URL blog entri - Saya nak menangi GIVEAWAY RYSYA SKINCARE CANTIK MACAM CHE TA BERSAMA AZLINDA ALIN ( nama produk - pilih satu dari produk ini - RYSYA SKINCARE (LY Cleanser / Toner), Instagram akaun anda dan alamat email .
Tarikh berlangsungnya GIVEAWAY ini : 31 OKTOBER 2015 - 30 NOVEMBER 2015.

2 pemenang akan di pilih untuk setiap satu produk. 

***********

Oh wish me luck. Nak tahu apa yang Mommy nak? Mommy nak LY Toner pretty please. Hihi. Kalau ada rezeki nanti, Mommy nak cuba Gold Serum Rysya ini. Nak sangat-sangat. Wish me luck ok?


Find me on Instagram

GIVEAWAY OCTOBER 2015 CASH RM500 BY EMAS PUTIH

$
0
0
Salam

Korang nak cash RM50 tak? Ok kalau nak, baca ni.

Mommy join GIVEAWAY OCTOBER 2015 CASH RM500 BY EMAS PUTIH hari ini. Korang pun join la juga. Jangan lupa baca syarat yang diberi oleh penaja tau.

Jom lihat apa kata penaja.

***********
[Sila Tekan Banner Di Atas Untuk Join]

Giveaway October 2015 Cash RM500 by Emas Putih | Salam. Ok terima kasih yang telah sponser GA uzu ni. Rasanya ada lebih 20 orang yang PM tapi hanya 10 orang je uzu terima. Uzu nak limitkan RM500 je. Uhukk. Sebab nak buat yang simple-simple je. Nanti nak buat GA yang besar-besaran , waktu tu takde limit kuota sponser. Haha ok berangan dulu. OK wei jommm join GA uzu yang simple kebabom ni. Simple-simple je ok. Semua dah tersedia seperti biasa. Good luck !

Hadiah :
RM50 Cash x 10 pemenang

Tarikh Mula : 29 October 2015
Tarikh Tamat : 12 November 2015

Syarat-syarat :
1. Tulis entry yang bertajuk Giveaway October 2015 Cash RM500 by Emas Putih
DONE

2. Follow Blog :
Emas Putih , Shamiera Osment , Faziea193 , Mrspuex , Dalia Galery , Nurfuzie , Smart Generation , Kisah Pondok Kecil , Lisa hlovate , Norhidayah , Perniagaan Reload , Olah Bersama , Riana Little
DONE

3. Follow Ig :
@emasputih90 , @shamieraosment , @unclezuan11 , @faziera193 , @fairyrosewardrobe , @znooraini , @sayaidaydotcom , @salina_johari , @farprettybylh , @liyana.fatin , @intansaffyna , @marziah81 , @norhafizahalwi , @el&kate
DONE

4. Like Pages
DONE

5. Copypaste code
DONE
 
**********

Ok.. sekarang, jangan lupa wish me luck. Dengan RM50 ini, macam2 boleh buat tau. Contohnya, tambah lagi koleksi HELLO KITTY Mommy ke. Hikhik. Jom join!

NESTLÉ LA CREMERIA CONTEST

$
0
0
Salam

Ada 1 peraduan mudah sangat-sangat yang uols boleh sertai. Peraduan NESTLÉ LA CREMERIA!

Nestlé LA CREMERIA Contest : Win a trip to Paris & Rome, Tokyo, Maldives, RM1,000 Cash Prizes ‪#‎TheWorldCanWait‬

Contest period:
  • 18 October - 29 November 2015
Prizes:
  • Grand Prize x 1 winner: A 9 Days / 8 Nights trip to Paris and Rome for two [2] adults, worth RM34,000
  • 1st Prize x 1 winner : A 7 Days / 5 Nights trip to Tokyo, Japan for two [2] adults, worth RM23,900
  • 2nd Prize x 1 winner : A 5 Days / 4 Nights trip to Maldives two [2] adults, worth RM16,160.
  • Weekly Prizes x 42 winners : Cash Prizes of RM1,000 each
Produk dah la best. Aiskrim!! Siapa yang tak suka? Alang-alang beli tu, join la sekali.

Cuba baca syarat-syarat di bawah.

**************
How to participate:
  • Buy any LA CREMERIA® product. Key in the Proof of Purchase (POP) as seen on the LA CREMERIA® packaging.
  • Register your details (Name, MyKad No., Mobile Number, E-mail Address) and answer the given question correctly.
  • Stand a chance to win exciting holiday packages to Paris & Rome, Japan or Maldives! Plus, RM 1,000 weekly cash prizes!

Nak join, klik sini >> Nestlé LA CREMERIA® Contest page

**************

Tunggu apa lagi? Mudah sangat kan? Sambil makan, sambil sertai peraduan yang super duper mudah ini.

Good luck. Mommy dah otw ke Giant ni. Nak beli eskem NESTLÉ LA CREMERIA.

Find me on Instagram
Ephyra tanpa modal
Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc?

ALHAMDULILLAH.. ABANG HAJI DAH PULANG

$
0
0
Salam

Akhirnya, hari yang ditunggu-tunggu telah tiba. Hehe. Abam Haji saya sudah pulang dari Mekah.

Yeay!!
Alhamdulillah.

Teruja tu, takde la over sangat. Tapi, bangun jam 545 pagi la untuk iron jubah. Miahahahhaa.

Family mentua ada kat rumah. Nak buat surprise kat Daddy. Hihi.

Jam 11 pagi kami bertolak ke KLIA. Adik ipar Mommy drive. Oh.. Lamanya xde driver. Akhirnya my official driver (abam haji), akan pulang. Hiiii.

Kerana excited, jom selpiaq seketoi dua dahulu.


Dalam perjalanan, tetiba si kecik tu merebahkan badan kat Mommy. Ngantuk ler tu. Hiii. Akhirnya memang tertidur. Padahal lagi setengah jam nak sampai KLIA masa tu.


Ketika di KLIA, walaupun si kecik tu keletihan dan keboringan dek perjalanan jauh yang boring tu (sebab tol mahal), ada 2 orang makhluk comel ni tak reti2 nak letih. Main sepanjang masa. Hihi. Hannah dan Kasyaf. #cousins


Memandangkan Mommy memang tak reti malu, kat public pun memang selamba nak selpiaq tak abeh2. So, starting, ajak mak mentua dan adik ipar dulu. Hikhik.


Pastu diri sendiri. Hahaha. Berkali-kali snap sebab takut nampak kurus. Eh, sejak bila kau gemuk, Shehan? Hahah #dilemaorangkurus


Ramai yang memuji dress Mommy ni. Untuk pengetahuan uols, bukan uols je suka tengok. Mommy pun suka tengok. Ekeke.

Ini merupakan dress kedua dari design sama yang macam Mommy pakai masa raya haji baru2 ini. Raya Haji Mommy memakai Dress Zawara yang sama cuma warna brown n black. (tengok di sini). Yang Mommy pakai ini pula warna biru dan krim.

Jadual airplane dari Jeddah menunjukkan ketibaan jam 1 petang. Maka kami semua dah gigih menunggu depan tu. Ariq yang tadi tengah tidur, tetiba dah terjaga. Dapat rasa kot. Yang bestnya, Ariq behave baik sangat. Alhamdulillah.


Ada sorang budak tu memang tak sabar-sabar dah. Asyik tanya, mana? mana daddy?


Kemudian, ada surprise baik punyaaa! Mak Abah Mommy pun datang jugak. Wah! Ini bukan Daddy je surprise dengan mak ayah dia datang, mentua pun ada sekali. Huuuu. Touching! Tq Mama, Ayah, Mak dan Abah. Kaktih pun tq la sebab rancang baik punya bawak mai mak abah. Hihihi..


Masa yang ditunggu2 telah tiba. Bila nampak je Daddy, terus Hannah macam terkaku. Aik? Yes, Hannah kaku. Last2, Mommy suruh pegi lari kat Daddy.

Anak Daddy sangat! Rindu sangat2 tu.


Sesi peluk memeluk bersama semua ahli keluarga. Dengan Mommy, tak dapat pelukan pun. Hakhak.

Dalam semua orang happy, ada juga budak kecik blur. Ariq taknak kat Daddy. Hihi. Siap nangis2 nak ke Mommy. Sian dia. Terlupa ke apa, wallahualam. Baru 3 bulan tak jumpa adik oiii.


Akhirnya kami bergabung meletop semula. Hiii. Senyum Mommy takle nak stop. Sampai lenguh pipi. Hikhik

Sedar tak sedar masa tu dah jam 3 petang. Lunch pun belum lagi. Kami ke Satay Kajang Haji Samuri. Pelbagai nasi, ABC, satay ayam dan perut 100 cucuk. Layan. Hahaha. Padahal 2 family ja pun.


Setel dan pulang ke rumah.

Perkara paling ditunggu-tunggu di rumah ialah lihat apa yang Daddy bawa balik. Semua dapat jubah masing-masing. Tak sangka banyak surprise Daddy kasi kt Mommy. Hiii.

Antaranya ini. Special casing utk fon Galaxy A7 Mommy dipadankan dengan casing Note 5 Daddy.


Dan Perfume.. Hii. Tajuk diaaaaaaaaa.. Hadoi laaaaaaaa


Eh.. ada lagi perfume. Huwaaaaaaaaaa. Sukanyaaaaaaaaaa..


Ini Daddy punya. Daddy tak suka bau keras2. Suka bau lembut. Mommy pun suka bau ni.


Uish.. Ada lagi untuk Mommy? I'm in heaven. Hiii


Daddy cerita masa ke Raudhah, Daddy berkesempatan beli sejadah ni. Nak beli sejadah ala carpet Raudhah tu, wajib beli 2 helai 100 riyal. So, Daddy kongsi dengan kawan beliau. Satu hijau. Satu merah. Daddy ambil yang hijau. Jadi, opkos Mommy nak rasmi. Sejadah naik kapal terbang woo. Hikhik


Selain dapat jubah masing2, Daddy belikan 2 ekor unta baghdad untuk anak2. Tengok ni. Nak tido pun xnak lepas.


Apapun, Mommy bersyukur Daddy selamat sampai. Penat bertungkus lumus kerja di Mekah, namun sangat beruntung dapat buat umrah dan Haji serentak. Allahu. Rezeki sungguh. Memang betul Daddy cakap, nk buat Haji ni, elok sangat2 pergi masa umur muda. Mommy harap, Mommy berpeluang ke sana juga satu hari nanti.

Nyum nyumm.. burpp. Sedapnya Kurma Ajwa ni. Tihiihii

GIVEAWAY TIKET PERCUMA PENANG AND KL HOP ON HOP OFF

$
0
0
Salam

Korang nak tak naik bas keliling KL atau Penang sambil selpiaq suka hati tanpa ada bumbung bas? Tapi kalau hujan pun, jangan la risau. Xyah naik bahagian atas bas, tapi masih boleh pusing-pusing KL atau Penang dengan gumbiranya.

Kalau nak pengalaman tu, jom kita join GIVEAWAY TIKET PERCUMA PENANG AND KL HOP ON HOP OFF ni.

Tekan banner untuk sertai.
http://arwendanish.blogspot.my/2015/11/giveaway-tiket-percuma-penang-and-kl_4.html

Syarat mudah aje. Sertai sekarang sebab jam 11 malam nanti dah tutup!

ONLY AT KELANTAN : HOMEMADE TORTILLA WRAP MURAH GILER!

$
0
0
Salam

Sedapnyaaaaaaa!!

Terliur Mommy sejurus selepas nampak gambar ini. Baru tengok gambar, bayangkan ada di depan mata. Bayangkan. Bayangkan!

Kalau kat KL ni, nak macam wrap2 macam ni, paling mudah di Subway la kan? Dan sudah tentulah harganya mencekik Mommy. Hiii

Dan berita gembira buat mereka di Kelantan, kalau nak cuba HOMEMADE TORTILLA WRAP MURAH GILER, boleh beli kat Mek Pijah Kitchen ni.

Kemain comey!

Untuk pengetahuan semua, Tortilla Wrap Mek Pijah Kitchen ni memang betul2 homemade lah. Wrap tu takde nak beli2 hokey. Uli sendiri. Tak cukup tangan mek pijah, tangan laki mek pijah pun kena tarik untuk tolong. Haaa. Begitulah hebatnya Mek Pijah ini! Ekeke


Jom la layan gambar kejap. Leleh Tup Tap Tup Tap dah air liur Mommy tau. Cry!!


Haishhhhhhhhhhh. Laparnyaaaaaaaaaaaa!


Untuk pengetahuan semua juga, Mommy memang kenal lama sangat dengan Mek Pijah ini tau. Dah kenal sangat segala resipi masakan beliau sebelum ini. Dah pernah cuba memasak sendiri resipi2 Mek Pijah yang dia share. Jadi, Mommy yakin, Tortilla Wrap beliau ni mesti mavelesssssssss!

HARGA

  • Harga berapa ni Mommy?
Korang yang di KL, please, jangan nangis! Ini dia harga HOMEMADE TORTILLA WRAP MEK PIJAH KITCHEN ni.

Tortilla Wrap dengan pelbagai pilihan inti:
  1.  Tortilla Chicken Grill - RM3
  2.  Tortilla Dory Fillet - RM3.50
  3.  Tortilla Chicken Nugget - RM2.70
  4.  Tortilla Crab Stick - RM2.70
  5.  Tortilla Prawn - RM3
Semuanya adalah Homemade & No MSG!!!!!

Cara pembelian

  • Untuk tempahan boleh whatsapp 0172452267
COD Area
  • Wakaf bharu, Pasir Pekan, Kota Bharu
COD charge
  • RM2 Wakaf Bharu
  • RM3 Pasir Pekan
  • RM5 Kota Bharu
  • Free COD jika beli 10 biji dan ke atas
  • Free COD juga bila mana saya memang ada trip ke kawasan sekitar anda (akan diwar-warkan di facebook Mek Pijah)

Ok sambung nangis lagi. Jauhnya kamu Mek Pijah. Sob Sob.

JIKA SEKOTAK ROKOK RM17, APA YANG BOLEH DIBELI SEBALIKNYA?

$
0
0
Salam.

JIKA SEKOTAK ROKOK RM17, APA YANG BOLEH DIBELI DI SEBALIK HARGA TERSEBUT?


RM17 bagi Mommy, peruntukan makan selama 2 hari tu. Tapi bagi mereka yang berwang.. RM17 untuk rokok, mungkin tiada masalah. Yang kurang berwang, Mommy yakin mesti stress dengan kenaikan harga tersebut.

Nak marah siapa?

Bersyukur juga bila ingat Daddy stop smoking di awal perkenalan kami. Bercinta dengan Mommy atau rokok? Mujurlah dia memilih Mommy. Kihkih. 

Dalam masa yang sama, dia berhenti pun sebab memang dia sendiri nak. Alhamdulillah. Heavy smoker, not easy i tell u. Memang kena tekad dan sokongan kuat. Jangan ikut hati. Lelaki, yang memang well known kuat kan, hati pun kena la kental. Smoker perempuan? Ermm.. Mommy ada 1 komen. Tak cantik pun. Tihihi.



Rasa-rasa, smokers marah tak bila ada survey macam ni? Marah atau tak, itu kena fikir sendiri. Mommy faham, tak mudah untuk heavy smoker. Tapi ada solution. Kurangkan kuantiti merokok, ganti dengan makanan dan cuba sibukkan diri dalam apa-apa aktiviti. Yang paling penting ialah kena kuatkan hati.

Yang bukan heavy smoker, Mommy yakin, anda boleh berhenti terus. Jangan la ganti dengan vape pula. Tiada beza. Nikotin sama je. Bahaya pula tu. Mana tau meletup macam kes kat Malindo Air tu.

Good luck uols.

VIDEO : MANA HILANG 2.6 BINTANG - AMIRUDIN HIZADIN

$
0
0

VIDEO : MANA HILANG 2.6 BINTANG - AMIRUDIN HIZADIN


Mana Hilangnya 2.6 Bintang adalah lagu yang mengisahkan seorang pemuda yang tertekan hidup dalam sebuah negara di zaman pemerintahan yang gelap.



Dia bukan seorang penyanyi tersohor, tetapi hasil karyanya diterima ramai dan menjadi viral.
Dan kehadiran pemuda itu bukan untuk menjadi terkenal, tetapi untuk menceritakan kisah Mana Hilang 2.6 Bintang yang dimuat naik di YouTube.
Sebenarnya lagu itu ditulis Amirudin Hizadin, 23, sekadar suka-suka dan untuk diri sendiri. Dan ia disiapkan hanya dalam tempoh kira-kira 10 minit.
Semunya kerana mahu melepaskan apa yang terpendam dalam hati.
“Sebenarnya apabila saya menghasilkan lagu, ia diibaratkan menulis diari.
“Seringkali apabila tertekan, lagu menjadi tempat saya meluahkan perasaan,"
Thumbs up, bro!

Find me on Instagram
Ephyra tanpa modal
Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc?

SLING GRIP : SELFIE SEBELAH TANGAN TANPA MASALAH TERGELINCIR

$
0
0
Salam

Hi kawan-kawan dan pembaca sekalian. Hari ini Mak nak tayang satu benda yang sangat menarik untuk ditayang. Tihihi.

SLING GRIP : SELFIE SEBELAH TANGAN TANPA MASALAH TERGELINCIR


Item yang baru je diperkenalkan oleh Daddy kepada Mommy. Kata Daddy, di Mekah sana, ramai orang guna Sling Grip ini.

Eh mana dia? Hii. Mommy dah lekatkan di belakang Samsung Galaxy A7 Mommy, lepas tu baru teringat nak snap. Takpe lah. Snap kotak. Hii.

Inilah rupa Sling Grip. Mommy letak dulu ikut selesa nak pegang phone sebelah tangan, kemudian baru lekatkan. Mommy tak letak menegak. Tak selesa nanti. Bila tak selesa, tiada purpose lah menggunakan Sling Gripp ini. Sling Grip dilekatkan di belakang smartphone untuk mengelakkan kes tergelincir jatuh ketika pegang.

Ini rupa bila Mommy guna sebelah tangan. Let say nak selfie, memang tak risau tergelincir la. Letak jauh-jauh, tinggi-tinggi dari muka masa nak selfie, tak perlu guna timer dan pasti tak tergelincir dari tangan. Ye la, smart phone sekarang kan makin lama makin nipis.


Pandangan dari hadapan. Eh tetiba ada status facebook Che Mat Gebu Tiffinbiru la pulak. Hiii


So pagi tadi dah testing berselfie dengan Encik Daddy dah. Tak guna timer. Terus angkat telefon tinggi-tinggi dan tekan snap di hujung jari. Best!

Nanti kena beli lagi la kot. Banyak smartphone kat rumah ni.

Find me on Instagram
Ephyra tanpa modal
Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc?

SKIM INFAQ : KAEDAH WAKAF MELALUI POTONGAN GAJI

$
0
0
skim-infaq-kaedah-wakaf-melalui-potongan-gaji
Salam

Mommy dapat satu ilmu hari ni iaitu Ilmu mengenai Wakaf. Anda mesti pernah dengar terma Wakaf ini tetapi, tahukah anda apa maksud Wakaf tersebut? Tahukah anda wakaf juga boleh dibuat secara tunai selain wakafkan harta kekal? Tahukah anda gaji boleh dipotong dengan KADAR MINIMUM RM5 untuk tujuan berwakaf? Jom la sambung baca.

Maksud Wakaf

  • Wakaf adalah berasal dari perkataan wakafa yang bermaksud berhenti atau tertahan.
  • Wakaf diertikan sebagai satu amalan menyerahkan harta yang dimiliki untuk kegunaan atau manfaat orang ramai.
  • Wakaf merupakan satu cabang ibadah kerana tujuan asas amalan wakaf adalah untuk mendekatkan diri dan mendapat keredhaan Allah S.W.T. dengan cara membelanjakan harta ke jalan Allah.

Cara Wakaf

  • Contoh amalan wakaf adalah seperti seseorang mewakafkan tanah seluas seekar yang dimilikinya untuk dibina masjid di atasnya bagi kegunaan orang ramai beribadah dan menjalankan aktiviti keagamaan.
  • Wakaf boleh dilaksanakan dengan harta yang berbentuk kekal seperti tanah, bangunan, rumah dan juga wang tunai.

Sejarah Wakaf
Perintis amalan wakaf dalam Islam adalah dipraktikkan oleh Baginda Rasullullah S.A.W apabila Baginda membina masjid Quba' yang dibina di atas tanah yang diwakafkannya ketika penghijrahan Baginda dan para sahabat ke Madinah. Begitu juga dengan pembinaan Masjid Nabawi di Madinah yang juga dibina dengan sumber wakaf. Amalan wakaf telah hidup subur dan diteruskan oleh para sahabat dan tabiin yang banyak mewakafkan harta untuk kepentingan dan pengembangan syiar Islam ketika itu. Ringkasnya semangat dan keyakinan masyarakat Arab ketika itu terhadap mekanisme wakaf dalam membantu membangunkan syiar Islam amat menggalakkan dan sesetengah kenyataan menyatakan bahawa telah menjadi tradisi masyarakat Arab akan mewakafkan 1/3 hartanya sebelum meninggal dunia.

BERWAKAF SECARA TUNAI


Salah satu cara BERWAKAF SECARA TUNAI ialah melalui Skim Infaq.

Skim Infaq

  • Skim Infaq adalah kaedah berwakaf melalui potongan gaji.
  • Skim Infaq diwujudkan bagi memudahkan kakitangan awam dan swasta berwakaf melalui potongan gaji secara bulanan dengan kadar minimum sebanyak Ringgit Malaysia Lima Sahaja (RM5.00) dan tiada kadar maksimum ditetapkan.
  • Skim Infaq ini telah dirasmikan pada 2 Ogos 2011 oleh Yang Berhormat Dato’ Haji Mohammed Khusrin bin Haji Munawi, Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor di Aras Bawah, Dewan Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.

Objektif Skim Infaq

  1. Memberi pilihan dan kemudahan kepada kakitangan awam atau swasta untuk menyertai Saham Wakaf Selangor;
  2. Mengumpulkan dana bagi melaksanakan projek atau program yang berupaya meningkatkan taraf sosio-ekonomi umat Islam di Negeri Selangor; dan
  3. Mendidik masyarakat membudayakan amalan sedekah berdasarkan konsep wakaf yang menjadi satu tuntutan dalam ajaran Islam.

Keputusan Fatwa


  • FATWA NEGERI SELANGOR
    • Hasil daripada wang Skim Saham Wakaf Selangor hendaklah dibelanjakan bagi tujuan pembelian aset kekal. Manakala wang manfaat wakaf Selangor boleh dibelanjakan untuk memberi bantuan dan perbelanjaan lain yang difikirkan sesuai oleh Majlis Agama Islam Selangor. (Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor yang bersidang pada 5 September 2006)
  • FATWA KEBANGSAAN
    • Berwakaf dalam bentuk wang tunai adalah dibolehkan di dalam Islam. (Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali Ke-77 yang bersidang pada 10-12 April 2007 di Primula Beach Resort, Kuala Terengganu)
Klik sini UNTUK BERWAKAF

Untuk maklumat lebih terperinci, sila klik Perbadanan Wakaf Selangor

Find me on Instagram
Ephyra tanpa modal
Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc?

SENARAI PERKARA PALING MALAS DIBUAT DI RUMAH!

$
0
0
Salam

SENARAI PERKARA PALING MALAS DIBUAT DI RUMAH


1. KEMAS RUMAH!

2. BASUH PINGGAN MANGKUK

3. CUCI TOILET

4. MOP LANTAI

5. BASUH BAJU

6. SIDAI BAJU

7. LIPAT BAJU

8. SAPU SAMPAH

9. VACUUM

10. SETERIKA BAJU

11. MEMASAK

12. TUKAR CADAR

Malasnyaaaaaaaaaaaaaaaaa.

Jadi, apa yang yang kita kena buat ni?

Cop! soalan sebenarnya ialah "APA JE YANG KAU RAJIN HAH????"

Bahahahaha

Ada sebenarnya solution untuk PEMALAS-PEMALAS segala benda di atas tu.

Sediakan Jadual Harian yang senaraikan HARI DAN TEMPAT-TEMPAT MACAM BEDROOM, KITCHEN semua tu untuk kerja2 rumah tersebut. Contohnya macam jadual ini ke..


Bila ada 'syeikh rajin' merasuk anda, boleh la cuba ikut jadual macam di bawah ini.


Kalau taknak buat juga, serahkan tugas tersebut kepada ahli keluarga di dalam rumah anda. Contohnya, suami dan anak-anak. Tihihihi.

Apa la nak jadi.

Find me on Instagram
Ephyra tanpa modal
Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc?

LIRIK OBSES - AKIM & THE MAJISTRET

$
0
0

LIRIK OBSES - AKIM & THE MAJISTRET


Menghitung detik dalam kesedaran
Menunggu masa untuk lena
Memintal mimpi di kamar beradu
Hanya mahu temu bayangmu

Sambut rindu ku
Pejamkan mata aku untukmu
Bakarkan resah tanamlah indah

Kan memeluk kau dengan erat
Bunuhlah benci dan kisah lalu
Marakkan tenang tersenyumlah
Kan bersatu di dunia ilusi
Sambut rindu ku
Pejamkan mata aku untukmu
Rebahkan semua

Nantikan aku kan datang padamu
Sambut rinduku
Pejamkan mata aku untuk mu
Rebahkan semua

Nantikan aku kan datang pada mu
Sambut rindu ku
Pejamkan mata aku untuk mu
Rebahkan semua
Nantikan aku kan datang pada mu



Find me on Instagram
Ephyra tanpa modal
Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc?

LIRIK RAGU-RAGU - SYED SHAMIM & TASHA MANSHAHAR

$
0
0

RAGU-RAGU

Syed Shamim & Tasha Manshahar
Lagu : DJ Fuzz
Lirik : Al Abbas
© 2015 | FMC MUSIC SDN. BHD. | All Right Reserved



Lirik Lagu Ragu-Ragu – Syed Shamim & Tasha Manshahar


Di sudut hatiku ini
Apa yang ku rasa
Kau tak percayakan ku
Ku cuba untuk fahami
Apa yang kau rasa
Untuk kita berdua

Jangan khuatir dengan diriku
Kerna aku mampu menjaga diriku sendiri

Jadi tak mahu ragu ragu sayang
Aku tetap di sini
Dan aku tahu tahu tahu sayang
Aku engkau miliki
Jadi tak mahu ragu ragu sayang
Aku tetap di sini
Dan aku tahu tahu tahu sayang
Engkau yang aku cintai

Hariku diselubungi
Apa yang ku rasa
Buat ku jadi gila
Akan ku cuba fahami
Apa yang kau rasa
Untuk kita berdua

Jangan khuatir dengan diriku
Kerna aku mampu menjaga diriku sendiri

Jadi tak mahu ragu-ragu sayang
Aku tetap di sini
Dan aku tahu tahu tahu sayang
Aku engkau miliki
Jadi tak mahu ragu-ragu sayang
Aku tetap di sini
Dan aku tahu tahu tahu sayang
Engkau yang aku cintai

Baru ku rasa
Hatimu dan hatiku kini bersatu
Adakah mungkin
Perasaan ini kekal buat selamanya

Jadi tak mahu ragu-ragu sayang
Aku tetap di sini
Dan aku tahu tahu tahu sayang
Aku engkau miliki
Jadi tak mahu ragu-ragu sayang
Aku tetap di sini
Dan aku tahu tahu tahu sayang
Engkau yang aku cintai

Find me on Instagram
Ephyra tanpa modal
Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc?

BEG INI RM0. YA.. RINGGIT MALAYSIA KOSONG!

$
0
0
Salam

BEG INI RM0. YA.. RINGGIT MALAYSIA KOSONG!


Tayang sikit lagi.

Material ala-ala kulit. Tapi bukan kulit. Jangan la pergi uji dengan api pulak. Kan kalau nak test kulit ori ke tak, cuba bakor. Hii. Kata beg RMkosong. Jangan la memandai-mandai test gitu.

Kenapa beli?

Beg ini sebenarnya bernilai RM14.90 dan nile.com ada hutang kat Mommy RM14.90 juga. Kemudian, Mommy saja seronok-seronok gatal tekan nak beli kat link nile.com ini.

Mommy tetap kena bayar kos pos RM5+.

Seronok-seronok beli pun ada eh Mommy? Teruk betoi.

Find me on Instagram
Ephyra tanpa modal
Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc?

UNPLANNED TRIP : PORT DICKSON DAN MIRAGE HOTEL

$
0
0
Salam

UNPLANNED TRIP : PORT DICKSON DAN MIRAGE HOTEL [PART 1]
Sabtu lepas, 07112015, percutian yang betul-betul tidak dirancang betul-betul. Tetiba je ada ayat keluar "jom ke PD". Pergh.. takkan la nak balik hari?

Daddy cakap, tak mengapa. Bawa je apa-apa baju spare. Kot2 la pergi singgah mandi, kang kena juga baju spare.

Jam 12 tengah hari masih di sekitar rumah, nampak tak? Betul2 macam tak ready ke percutian pun. Hiii. Tapi, bersiap tetap beria juga la. Takde la nak cikai sangat nak pergi jalan-jalan.

UNPLANNED TRIP : PORT DICKSON


Perjalanan memang panas terik. Tiada tanda hujan. Dah seronok sangat masa tu. Moga anak-anak happy dapat main air laut walau sekejap. Mommy terlelap sekejap dek kepanasan tersebut. Mata tak boleh buka la. Jalan pula terussssss aje. Highway kan? Memang terlelap la. Ok. Ok. Alasan. Cakap je la ngantuk. Teruk betul co-pilot ni. Ekekekeke. Sedar-sedar je dah sampai Teluk Kemang. Daddy baik kan? Tak kejut pun co-pilot. Sedar je dah sampai. Tihihihi

Kawasan Teluk Kemang ni memang banyak tempat makan dan kedai2 jual baju murah dan mahal. So, kedai pertama Daddy masuk ialah kedai ini. PD Famous Cendol, Coconut Shake Power RM2. Terjah aje, tapi tahukah anda, coconut shake mereka memang POWER!! Dan Mommy dapat tahu, cendol mereka pun marveles!

Ariq Emir menyarankan anda cuba menu di bawah. Pulut durian kacang jagung aiskrim. Menu apa macam tu? Kihkih.

Tak sempat tukar baju pun, terus pergi main pasir. Sampai basah seluar. Hmm..

Kakak spell n write Mommy & Daddy's name

Daddy macam biasa. Ada je lawak spontan dia.

"Tulun.. Tulun"


Adik dengan kidalnya

Mommy dan Daddy yang tak plan tema baju. Ke Daddy yang tiru Mommy dalam diam ni? hiii

OOTD MOMMY : Long tunics from Poplook

UNPLANNED TRIP : MIRAGE HOTEL


End up, Daddy cakap jom cari tempat rehat. Maksudnya malam kena tidur hotel. Bukan balik hari. Punggah! Baju ngam2 je bawa. Sampaikan pampers dan susu anak pun tak bawa. Haha. Ariq ni minum susu botol malam je. Dah fikir nak balik hari, so tak perlu la bawa. Pampers pun ngam2 untuk 1 hari je la. Aduhai.


Jangan lupa baca part 2 mengenai Hotel Mirage.

Find me on Instagram
Ephyra tanpa modal
Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc?
Viewing all 249 articles
Browse latest View live