Quantcast
Channel: Mommy's Diary of Life
Viewing all 249 articles
Browse latest View live

RABIES : PENYAKIT ANJING GILA

$
0
0
RABIES : PENYAKIT ANJING GILA

Salam, kecoh pagi ini bahawa 3 negeri sudah disahkan menular wabak Rabies iaitu di Perlis, Kedah & Pulau Pinang seperti yang dilaporkan di The SunDaily.
Orang ramai yang digigit atau bersentuhan dengan haiwan mamalia terutama anjing perlu mendapat rawatan segera dan melaporkannya kepada polis, hospital dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar.
Menurut Pengarah Perkhidmatan Veterinar Pulau Pinang, Dr Siti Salmiyah Tahir, penyakit anjing gila atau Rabies adalah penyakit zoonotik iaitu merebak dari haiwan kepada manusia melalui gigitan dan pemindahan mukus yang boleh mengakibatkan kematian kepada manusia. - sumber
Pengenalan
cara mengenal dan merawat penyakit anjing gila

Rabies adalah jangkitan virus akut. Rabies terdapat dalam haiwan di kebanyakan negara di seluruh dunia. Kebanyakan kes jangkitan manusia berlaku di negara-negara membangun.

Agen penyebab
  • Virus rabies, sejenis rabdovirus dari genus Lyssavirus
Cara jangkitan
  • Virus rabies terdapat dalam air liur haiwan dan boleh di jangkiti melalui gigitan atau sebarang kejadian yang menembusi kulit seperti jilatan haiwan di tempat luka.
Tempoh pengeraman
  • 3 hingga 8 minggu, seawal-awalnya 9 hari atau selewat-lewatnya 7 tahun.
Di kawasan yang biasa terdapat jangkitan rabies (kawasan endemik), pelawat berisiko mendapat jangkitan jika berhubung kait dengan haiwan liar atau haiwan peliharaan termasuk anjing dan kucing.

Tanda dan Gejala
  • Rabies adalah sejenis penyakit akut yang menyebabkan radang (inflamasi) pada otak dan korda spina (ensefalomielitis)
  • Tanda-tanda awal termasuk rasa bimbang, sakit kepala, demam, lesu dan perubahan deria di sekitar tempat gigitan.
  • Mudah terangsang, berhalusinasi dan berasa takut pada tiup­an angin (aerophobia). Sesetengahnya berasa gerun atau bencikan air (hidrofobia) disebabkan kekejangan otot kerongkong yang sakit ketika menelan. Pada peringkat seterusnya, pesakit menjadi celaru, mengalami sawan sehingga boleh membawa maut.
Jenis rabies yang dinamakan paralytic rabies (sawan lumpuh) mempunyai tanda dan gejala seperti kehilangan deria, lemah badan, badan berasa sakit, dan lumpuh.
Komplikasi
  • Sukar bernafas sehingga menyebabkan kematian.
Rawatan
  • Rawatan selepas terkena gigitan bertujuan untuk mengelakkan jangkitan rabies. Rawat luka dengan segera, basuh luka dengan sabun dan air atau air sahaja. Selepas itu, sapukan etanol (70%) atau tinktur atau larutan iodin akueus atau iodin povidon.
Rawatan khusus
  • Antirabies Imunoglobulin (RIG) disapukan pada tempat luka dan tisu di sekitarnya.
  • Beberapa dos vaksin disuntik ke dalam kulit atau ke dalam otot (bergantung kepada jenis vaksin yang digunakan). Dos pertama mesti diberikan seawal mungkin selepas terkena gigitan dan dos terakhir dalam tempoh 28 hari sekiranya disuntik ke dalam otot atau 90 hari sekiranya disuntik ke dalam kulit.
  • Pencegahan tetanus dan rawatan anti-bakteria (jika diperlukan)
  • Elakkan menjahit atau menutup luka (kecuali jika tidak dapat dielakkan)
Pencegahan
  • Vaksinasi di gunakan untuk mencegah dari dijangkiti rabies
  • Disyorkan untuk: Semua individu yang berisiko tinggi untuk mendapat jangkitan rabies dan pelawat kawasan endemik yang tidak mempunyai bekalan vaksin rabies.
  • Jenis vaksin: Vaksin moden (sel dikultur atau telur berembrio)
  • Bilangan dos: 3 dos, pada hari: 0, 7 dan 21 hingga 28 hari, disuntik ke dalam otot (1ml/dos) atau kulit (0.1ml/dos).
  • Dos tambahan: Selepas 1 tahun, dan setiap 5 hingga 10 tahun, bergantung kepada risiko pendedahan.
  • Kontra indikasi: Pernah mendapat kesan buruk yang teruk terhadap vaksin rabies.
  • Kesan sampingan: Kesan ringan di tempat suntikan atau seluruh tubuh.
  • Sebelum berlepas: Individu yang merancang untuk menginap lama atau melawat kawasan yang terdapat banyak kes rabies (hiperendemik) di negara-negara endemik disyorkan mendapat pencegahan rabies
Langkah berjaga-jaga
  • Elakkan memegang haiwan liar dan haiwan peliharaan yang sesat terutamanya anjing dan kucing di kawasan endemik.
  • Jika seseorang digigit oleh haiwan yang mungkin dijangkiti rabies atau berhubung kait dengan seseorang yang disyaki menghidap rabies, segera bersihkan luka dengan sabun dan air.
  • Selain itu, segera dapatkan rawatan doktor.
Rujukan : Portal MyHealth 
 
Mommy : Fuhh.. scary. Harap family Mommy kat utara nun sentiasa selamat. Amin.

IMPIAN MOMMY NAK BELI DAPUR MAINAN IKEA.. TAPI

$
0
0
Salam

Sempena harijadi Hannah Damia yang bakal tiba pada 30 September nanti, Mommy memasang impian hadiahkan beliau set dapur mainan Ikea ini.



Ingin beli juga mesin daftar tunai mainan ini.

Ingin beli set bakul buah-buahan mainan ini.


Ingin beli set bakul sayur-sayuran ini.



Ingin beli set mainan membakar ini.

Ingin juga beli set alatan dapur ini.


Ingin beli set peralatan memasak ini.


Semua sekali lah dalam Childrens Ikea ni.

TAPI..

Hannah Damia asyik sebut nak benda alah ini aje.


ROBOCAR POLI.

Jimat la kan???????

KAHKAHKAH

2.5 JUTA KERETA DIHARAMKAN DI BEIJING, RAKYAT LIHAT LANGIT BIRU BUAT PERTAMA KALI [KAGUM]

$
0
0
Salam

Buat pertama kali, pada 20 August yang lalu, Beijing China mengharamkan penggunaan 2.5 juta kereta dan perusahaan kilang-kilang di negaranya. Ini kerana mereka akan mengadakan perarakan sempena ulang tahun ke 70 selepas kemenangan semasa Perang Dunia ke-2. Dan sebelum perarakan tersebut, keadaannya sangat berjerebu!

Dan lihatlah keadaan ketika pengharaman tersebut. Mereka dapat menghirup udara segar dan juga dapat lihat perarakan.


Sebelum itu..

Image credits:  Steven J.

Wuuu. Dasyat tak?

So lihat kawasan lain pula..



Kilang-kilang dan sebarang pembinaan juga dihentikan.


Ini sepatutnya suasana di Great Wall yang sepatutnya andai masalah pencemaran udara ini tiada


Image credits:  Steven J.

Selepas arahan pengharaman itu ditarik semula, keadaan kembali kepada keadaan 'berjerebu' semula.

Apa kata kalau kita cuba buat ini di Malaysia.

Ada berani?

Ada?

Sumber

TONTON SUPER SPONTAN ALL STARS 2015 ONLINE

$
0
0
Salam

Mommy memang tak subscribe channel Astro Warna n Mustika nih. So, alternatif untuk tonton Super Spontan All Stars 2015, mestilah online.


Nampak macam menarik sebab AC Mizal ditugaskan menjadi hos kali ini.


Dan komentator pula terdiri daripada Afdlin, Ray dan Haniff


Peserta terdiri daripada Kumpulan Silat Dongibab dan Kumpulan Kungfu Kipidap


Ahli Kumpulan Silat Dongibab


 Ahli Kumpulan Kungfu Kipidap
 

Jom tonton SUPER SPONTAN ALL STARS di Astrogempak.

    PEMENANG GIVEAWAY : MUDAHNYA NAK MENANG HELLO KITTY DI SHEHANZSTUDIO.COM

    $
    0
    0
    Salam
    Selepas Mommy bertungkus lumus membaca semua entri PESERTA GIVEAWAY HELLO KITTY ini, dan bantuan juri dari Encik daddy & kawan2 Mommy, maka pemenang bertuah tersebut adalah..

    NASUHA


    Mohon peserta email Mommy (myapilot@gmail.com) details ok? Tahniah. Buat peserta lain, terima kasih diucapkan kerana sudi menyertai giveaway ini. Inshaa Allah akan ada lagi giveaway yang best-best nanti. Thanks again.

    SAMBUTAN HARI PENDAFTARAN NEGARA 2015

    $
    0
    0
    Salam

    Sambutan Hari Pendaftaran Negara 2015 akan diadakan di Jabatan Pendaftaran Negara, Putrajaya pada 01.10.2015.

    Pelbagai aktiviti akan diadakan di sana. Antaranya pemeriksaan kesihatan, program derma darah dan banyak lagi.

    Jabatan Pendaftaran Negara Putrajaya

    ********

    Sebelum ini telah viral di laman sosial mengenai perubahan harga bayaran permohonan Mykad yang dinaikkan dari RM10 menjadi RM50 dan pihak Jabatan Pendaftaran Negara telah menafikan perkara tersebut.

    BLOGGER HEBAT DAN BLOGGER KURANG HEBAT

    $
    0
    0
    Salam

    Pernah terfikir perihal ini?
    Dah siapa pula yang nak declare kau hebat, aku tak hebat, kau lagi hebat dan kau tak hebat mana, melainkan diri sendiri? Dah kenapa pula kau suka jadi hakim terhadap diri sendiri?
    Sebenarnya perkara ini terletak pada diri masing-masing. Yakinkan diri. Lihat tujuan berblog. Tak perlu nak merendah diri sangat. Buktikan kemampuan diri sendiri.

    Bukan sentiasa 'menyalahkan' orang lain dengan mengatakan orang tu lebih hebat dari kita.

    Buktikan kita boleh naik sama seperti orang lain.

    Siapa-siapapun bermula dari bawah.

    Fokus kepada niche masing-masing. Ada sesetengah blogger cakap, tak mengapa. Tulis sahaja. Tak ada  niche pun tak mengapa. Mommy punya pendirian lain. Mommy nak sentiasa on track selepas ini. Untuk setiap entri yang Mommy tulis, perlu berkisar daripada niche yang Mommy pilih.

    Berhenti merendahkan diri.

    Tulis selagi boleh. Fokus.

    Jadi hebat untuk diri sendiri.

    Lalui keperitan sebagai permulaan sebelum berjaya.

    Pasti ada yang celik mata melihat kita.

    WAHAI AYAH DAN IBU.. KENAPA PERLU MARAH?

    $
    0
    0
    Wahai Ayah dan Ibu..

    Kenapa perlu marah?

    Bukankah anak itu yang anda tunggu-tunggu?

    Bukankah anak itu yang anda puja-puja?

    Kenapa perlu marah?

    Kerana kehadiran adiknya?

    Kerana kenakalannya?

    Kerana kedegilannya?

    Cuba kenangkan semula.

    Lihat gambar hari pertama anak dilahirkan.

    Wajah suci.

    Belum pandai senyum kecuali 'kembar uri'nya yang mengusik diri.

    Lihat kembali.

    Wajah ini yang diteka-teki mengikut wajah ayah atau ibu.

    Kenang kembali.

    Dari tidak tahu apa-apa sehingga tahu berdiri malah berlari.

    Kenapa perlu marah?

    Lihat kembali wajah polos mereka.

    Anak sulung.

    Bukan bahan ujikaji.

    Bertabahlah. Doa merekalah yang membawa kita ke syurga nanti.

    HANNAH DAMIA

    Kenapa perlu marah?

    HALWA ATTIRE : ONLY THE BEST STYLISH MATERNITY ATTIRE

    $
    0
    0
    Assalamualaikum

    HALWA ATTIRE adalah sebuah butik online yang menjual pakaian mengandung untuk wanita dengan pelbagai pilihan warna dan rekabentuk yang menarik dan pastinya menepati citarasa anda.

    HALWA ATTIRE adalah milik penuh bumiputera yang telah berkecimpung dalam perniagaan online sejak Ogos 2015. Sebuah butik online pakaian untuk ibu mengandung yang dipercayai oleh ramai pembeli-pembeli online diluar sana.

    HALWA ATTIRE diwujudkan adalah untuk membantu menyediakan pakaian mengandung terutamanya kepada ibu-ibu yang bekerjaya. Di zaman serba moden dan canggih ini,biasa kita dengar keluhan dan keinginan ibu mengandung:

    ❤ SUKAR mencari pakaian mengandung yang cantik
    ❤ DESIGN pakaian mengandung yang sama dikebanyakan tempat
    ❤ WARNA pakaian mengandung yang mebosankan
    ❤ Ada yang memilih design ala-ala KOREA tetapi MATERIALnya tidak sesuai dengan SUHU Malaysia
    ❤Ada yang CANTIK tetapi lengan tiga suku

    Menyedari MASALAH dan KELUHAN yang dihadapi oleh mereka, HALWA ATTIRE MEMBANTU ibu-ibu dengan MENYEDIAKAN pakaian mengandung yang mempunyai:

    ❤ Design yang cantik
    ❤ Breastfeeding friendly
    ❤ Wudhu friendly
    ❤ Patuh syariah
    ❤ Material yang bersesuaian dengan suhu Malaysia.

    HALWA ATTIRE bukan sahaja menyediakan pakaian mengandung yang boleh dipakai SEMASA MENGANDUNG, tetapi juga anda boleh memakai kembali pakaian dari Halwa Attire SELEPAS melahirkan anak. Selain itu DESIGN yang disediakan sangat EKSKLUSIF dan sesuai dengan cita rasa masakini. InsyaAllah

    HALWA ATTIRE sangat mengutamakan kepuasan pelanggan mereka. Mereka telah memberi jaminan 14 HARI (Return Policy) untuk memulangkan semula pakaian yang telah dibeli sekiranya anda tidak berpuas hati.

    Apalagi yang kita mahu.Sesungguhnya HALWA ATTIRE sangat mementingkan kepuasan hati para pelanggan mereka. Inilah yang kita cari jika kita ingin membeli belah secara online. Sistem ini membuatkan kita lebih berminat untuk membeli belah bersama HALWA ATTIRE.

    MISI DAN VISI HALWA ATTIRE

    MISI
    ❤ Membantu wanita di luar sana untuk BERJIMAT dengan menyediakan pakaian yang BUKAN hanya boleh dipakai semasa MENGANDUNG tetapi juga BOLEH DIPAKAI selepas MELAHIRKAN anak

    VISI
    ❤ Membantu ibu-ibu untuk kelihatan cantik, anggun dan bergaya walaupun sedang mengandung.
    ❤ Menyediakan pakaian mengandung yang stylish dan sesuai dengan suhu Malaysia.


    Produk Terbaik Dari Halwa Attire

    Code: CN07
    Material: Mixed Cotton
    Thickness: Medium
    Colour: Pink
    Price: RM68.00


    Code: CN07
    Material: Mixed Cotton
    Thickness: Medium
    Colour: Blue
    Price: RM68.00

    Code: CN08
    Material: Stretchable Cotton
    Thickness: Thin - Normal
    Colour: Black
    Price: RM69.00


    Code: CN08
    Material: Stretchable Cotton
    Thickness: Thin - Normal
    Colour: Pink
    Price: RM69.00

    Code: CN03
    Material: Cotton + Polyester
    Thickness: Medium
    Colour: Yellow
    Price: RM58.00


    Code: CN04
    Material: Mixed Cotton + Lace
    Thickness: Thin - Normal
    Colour: Red
    Price: RM59.00


    Code: CN04
    Material: Mixed Cotton + Lace
    Thickness: Thin - Normal
    Colour: Dark Blue
    Price: RM59.00


    Code: CH04
    Material: Chiffon
    Thickness: Thin - Normal
    Colour: Yellow
    Price: RM69.00

    Selain pakaian yang telah dipamerkan di atas terdapat banyak lagi pilihan pakaian mengandung yang menarik terdapat di HALWA ATTIRE. Jom kita usha lagi pakaian yang cantik di FACEBOOK PAGE HALWA ATTIRE.

    Maklumat Lanjut Mengenai Halwa Attire
    Facebook : HALWA ATTIRE
    Instagram : @halwaattire
    WhatsApp: 0168011174
    Email : halwaattire@gmail.com

    Halwa Attire Stylish Maternity Attire !!! Anggun Bergaya Walaupun Mengandung.

    Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc?

    YAHAIRA LEANNE : NAMA ANAK LISA & YUSRY KRU

    $
    0
    0
    Salam

    Nama anak Lisa Surihani dan Yusry KRU telah diberi iaitu Yahaira Leanne yang membawa maksud "wahai sebaik-baik kelembutan”.


    Terbaru.. Ololo.. comel sangat ni walau gambar SIPI juga diberi seperti di dalam post LISA DAN YUSRY BERKONGSI GAMBAR ANAK sebelum ini.

    ORANG BALIK KAMPUNG.. KAMI??

    $
    0
    0
    Jangan la tanya.. nangis kang!

    Dah la terpaksa cuti dari Hari Rabu. Tadika tutup. Makanya.. Mommy & Hannah kena berdating la today.

    Mommy hantar Ariq ke rumah pengasuh awal pagi macam biasa. Mulanya macam taknak hantar, tapi memikirkan banyak tugasan hari ini, terpaksa lah hantar.

    Ngan anak dara cekci. Apasal runcing sangat Mommy tengok dagu kakak ni? Ekekek.


    Lepaking kat kedai makan. Erm.. Burn RM11. Ini lah masalah makan kat luar.

    Bercuti hari ini bukanlah sesuatu yang disengajakan. Ianya terpaksa dek tadika tutup. Yang paling menyedihkan ialah gaji kena potong. Sob sob. Jumaat ini pun sama. Sigh.

    Keluar dengan Hannah, Mommy sangkakan paling bahagia sebab tak penat dengan adik yang nak berdukung dan suka lari. Rupanya.. lagi penat tanpa adik!!

    Mommy tak boleh nak salahkan Hannah sebab dari pagi lagi dia dah tanya mana si adik?

    Imaginelah.. kita kalau keluar dating dengan suami tanpa anak2 pun, dah ajak balik cepat2 sebab tak tahan rindu. Budak2 ni pun sama la. Terbiasa pergi mana2 bersama2. Erm..

    Balik je rumah, terus pingsannn!! Penat jalan ye kakak?

    Orang lain balik kampung.. kami mampu pusing kl n selangor je. Sob sob sob.

    P/S : Sebak tengok gambar daddy berwukuf. Sebak dengar suara mak abah sambil ucap selamat hari raya tadi. T_T

    Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc?

    ANAK OO ANAK!!

    SENJA DI ARAFAH 2015

    $
    0
    0
    Sayuuuuu..

    Hati ini makin sayu...

    Rnduuuuu....

    Terkenangkan desa permai...

    Wajah ayahbonda

    Bermain di mataaaa

    T_T

    Ayahbonda satu hal. Mommy dah call minta maaf sebab takboleh balik.

    Tapi..

    Syahdu yang ni.. lagi tak dapat dibendung..

    Sob sob.

    Di sana baru senja. Di sini sudah tengah malam.


    Pertama kali beraya berjauhan macam ini sejak bernikah. Bohong kalau tak terasa syahdu. Tapi.. perginya Daddy bukan untuk berhibur. Mommy doakan semuanya berjalan lancar. Pulang dengan title baru. Amin yarabbalalamin.

    Selamat Hari Raya Aidiladha Daddy. Maaf zahir batin.
    Berkorban kita masing2 untuk berjauhan macam ini. T_T

    HARI RAYA HAJI 2015 YANG SYAHDU

    $
    0
    0
    Salam

    Buat pertama kali sejak bernikah, inilah kali pertama raya tak disambut bersama. Daddy berada di Mekah dan mudah2an urusan kerja dan Hajinya berjalan lancar.. amin.

    Mommy awal2 pagi sudah bersiap nak ke rumah kakak Mommy di Semenyih. Mujurlah ada juga tempat nak dikunjung. Dah la Mommy kena cuti dari hari Rabu. Tadika tutup. Nak balik kampung, hmmm.. bertiga? Memang tak la.


    Mommy bergaya dengan Madelyn Dress dari Zawara manakala anak2 bergaya dengan jubah dari Mekah.


    Daddy?

    Di Masjidil Haram.


    Touching.

    Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc?

    PUNCA TRAGEDI REMPUHAN DI MINA

    $
    0
    0
    Punca Sebenar Tragedi Rempuhan di Mina yang Korbankan 717 Jemaah.

    p/s : Daddy khabarkan ketika kejadian, beliau tak berada di situ. Dan dengarnya bukan laluan orang Malaysia. Hmm..


    Makkah: Kementerian Dalam Negeri Arab Saudi menyatakan berkata tragedi rempuhan yang mengorbankan 717 jemaah haji di Mina petang semalam, berlaku berikutan pertembungan dua gelombang kumpulan jemaah di satu persimpangan.

    Jurucakap kementerian itu, Mejar Jeneral Mansour al-Turki berkata, cuaca panas serta keterujaan jemaah juga menyumbang kepada bencana itu yang dianggap paling buruk dalam sejarah 20 tahun musim haji. 

    Menurutnya, tiada petunjuk pihak berkuasa haji Arab Saudi patut dipersalahkan dalam kejadian malang itu. 

    Menurutnya, Putera Mahkota Arab Saudi, Raja Salman sudah mengarahkan siasatan menyeluruh kejadian berkenaan. 

    Sementara itu, dua jemaah yang terselamat dalam kejadian itu juga berkata, tragedi berlaku akibat pertembungan dua gelombang kumpulan jemaah di satu persimpangan. 

    Jemaah dari Mesir, Abdullah Lotfy, 44, berkata dia nampak seorang jemaah jatuh ke atas jemaah berkerusi roda dan beberapa lagi jemaah jatuh ke atas mereka. 

    “Mereka yang jatuh kemudian saling memanjat atas jemaah lain untuk keluar dari bawah timbunan manusia dan pada masa sama, semakin ramai yang jatuh,” katanya. 

    Menurutnya, pertembungan itu tidak sepatutnya berlaku dan mendakwa pihak Arab Saudi tidak melakukan persiapan.



    PRIVATE SESSION BERSAMA WAWA IDRIS DI KELABBLOGGERBENASHAARI : ANALISA WARNA DALAM IMEJ

    $
    0
    0
    Salam

    Tak sabar rasanya menunggu "Private session Wawa Idris bersama geng2 Kelab Blogger Ben Ashaari" selepas diumumkan oleh Puan Wawa beberapa hari yang lalu. Topik yang akan dibincangkan ialah Warna yang Okay dan Tak Okay.

    Sebelum sesi ini berjalan, Puan Wawa menyarankan agar ahli2 Kelab Blogger Ben Ashaari study terlebih dahulu input di dalam blognya, supaya tidak terlalu "blur" bila sesi soal jawab berjalan nanti.
    Panas atau sejukkah warna daku"
    Mommy yang sedia maklum memang suka amat belajar mengenai imej dan penampilan diri ni, memang dah set awal-awal reminder di phone, dan pastikan battery juga full. Anak-anak nak main phone? No way masa ni. Haha. Mommy dah ready siap-siap makanan dan juga 'hiburan channel 611' buat mereka. Hahahaha.

    Akhirnya malam yang ditunggu telah tiba. Itu pun Mommy terlambat juga. Hihi.

    So, menurut video yang Puan Wawa share dalam entrinya, warna terbahagi kepada 2 jenis iaitu Warna Panas dan Warna Sejuk.

    Menurut Puan Wawa lagi, walaupun tergolong dalam kategori Cool colours (warna lembut), tidak bermakna golongan ini berpewatakan lembut, mesra atau mudah didekati. Manakala mereka yang di dalam Warm colours, tidak pula bermakna mereka ini pemarah atau ganas. Jom baca lagi..

    Topik yang diajar malam tadi ialah "teknik melalui warna".

    Soalan pertama dari Puan Wawa ialah melalui gambar ini..


    Soalan : Siapakah di kalangan 3 jejaka ini yang mencirikan "powerful" atau berkuasa?

    Jawapan rata2 ialah yang ketiga dan memang tepat. Kombinasi warna merah dan hitam ialah kombinasi kontra yang paling maksimum! Lantas, ia mencirikan imej "powerful". Contoh yang diberikan ahli KBBA ialah Donald Trump. Bijak betul. Mommy pun setuju!

    Cuba tengok imej Donald Trump dalam The Apprentice. Tak hensem pun tapi nampak tak kewibawaan beliau. Ahaha. Mampos kalau dia saman Mommy sebab cakap dia tak hensem. Agaga.

    Menurut Puan Wawa lagi, jika kita memilih warna kontra yang tinggi (high contrast) seperti kombinasi hitam dan merah ini, penampilan seperti ini memang akan mencirikan penampilan berkuasa dan dominan. Manakala kombinasi warna yang rendah (low contrast) seperti pink dan purple, pula akan menampakkan ciri yang lebih mesra dan kurang ancaman.

    Fuh.. Ini baru permulaan uols. Banyak betul input kan??

    Kalau medium contrast? Ciri seperti itu pula kan menampakkan kita serius tetapi ada elemen mesra giteww.

    ************

    TIPS WARNA UNTUK SI DIA BERBADAN KURUS - COLOUR BLOCK
     
    Tips ini sangat penting buat Mommy selepas ditanya oleh salah seorang ahli KBBA malam tadi. Kenapa?

    Jawapan Puan Wawa, colour block akan buat penampilan orang yang kurus nampak besar. Ihihi. Itu sebab penting untuk Mommy!

    Contoh gambar colour block yang Puan Wawa beri ialah ini


    Mommy tunjukkan gambar Mommy ini di mana Mommy memilih memakai colour block. Apakah ia pilihan yang tepat? Biru dan oren.

    Ternyata ia tepat. Huhu

    ************
    TIPS WARNA UNTUK SI DIA BERBADAN COMEL - MONOCHROMATIC COLOURS

    Mono di sini mengikut fahaman Mommy ialah single atau satu. Untuk yang berbadan gempal atau comel, pilihan warna yang sesuai menurut Puan Wawa ialah Monochromatic colours. Penampilan warna monochromatic akan menampakkan diri lebih kurus. Contoh yang diberikan puan Wawa ialah seperti ini:

    Monochromatic colours = Warna yang sama dari atas sampai bawah, akan menampakkan diri lebih kurus.

    Juga, ada sedikit tone shading 1 warna seperti ini, akan menghasilkan ilusi kurus.

    Menariknyaaaaaa!

    ************
    Mommy juga ada tunjukkan gambar Mommy yang ini kerana pilihan warna tudung yang kadang2 Mommy main hentam je nak match dengan pakaian Mommy.


    Menurut Puan Wawa, dalam Mix & Match concept, jika kita nak kombinasikan warna, sebaik-baiknya 2 warna sahaja. Pilih 2 warna yang menampakkan ciri elegan. Komen Puan Wawa untuk gambar Mommy ini, "nice.. i like. the belt make the outfit look exclusive"

    Gitu.. Mujurlah 2 warna sahaja yang Mommy guna ni. Fuhhhhh. Ingat! 2 warna!!

    Last but not least, Mommy ada juga tanyakan perihal "how to hide kekurusan". Haha. Topik body shape akan dibuat dalam sesi lain nanti. Huu. Tak sabarnyaaaaaaa!!

    Anyway, terima kasih buat Puan Wawa untuk tips yang menarik ini. Ternyata, warna sangat memainkan peranan dalam penampilan imej kita uols! Selamat menimba ilmu.

    FORMAT BAHARU UPSR 2016 : 6 SUBJEK

    $
    0
    0
    Format baharu peperiksaan pusat Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) bermula kohort pertama tahun depan diperkenalkan dengan 6 Gred dimana subjek Bahasa Inggeris akan dipecahkan kepada dua kertas iatu pemahaman dan penulisan sama seperti kertas Bahasa Melayu. Malah, bentuk soalan objektif aneka pilihan juga akan dikurangkan dan ditambah dengan soalan objektif pelbagai bentuk yang mengkehendaki calon UPSR menggunakan unsur-unsur kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) - BH
    gambar hiasan

    ADUHAIIII

    Menakutkan buat Mommy. Makin lama, makin mencabar. Sekarang 5 subjek. Tahun depan 6 subjek. Fuhhh

    No wonder parents sekarang, umur 2 tahun dah masuk tadika. Bukan sekadar taska. 4 tahun, siap tuisyen. Adoiiiiiiiii. Ngeri Mommy fikir.

    Hanya Allah tempat Mommy memohon. Mudahkanlah anak2 Mommy belajar dan menimba ilmu nanti. Amin.

    Itu untuk sekolah kebangsaan biasa uols. 6A. Sekolah Cina & Tamil, tambah lagi exam bahasa ibunda masing-masing. Ermmm..

    Ok. Tarik nafas sekejap.

    Otak anak-anak ini sebenarnya powerful. Maka, didiklah mereka dari kecil. Otak mereka ibarat span yang menyerap air, maka apa sahaja yang kita didik, insya Allah akan diserap masuk. Tapi, didikan itu perlu berterusan.

    Yang menjadi masalah ialah, didikan terbantut. Ada sahaja gangguan. Dari rajin tetiba jadi malas, banyak main. Itu dugaan yang menghalang serapan didikan berterusan.

    Allah. Permudahkan Mommy mendidik anak2 Mommy untuk melalui cabaran masa akan datang. Amin

    SEGMEN BLOGWALKING CERIA BERSAMA ANIZZ ANNISA

    HUBUNGAN INTIM : BERAPA KALI SEMINGGU?

    $
    0
    0
    Salam

    Mommy dapat ini dari sharing kawan2 di Whatsapp. Mula-mula memang la tergelak sendiri.

    Rupanya, ada kesannya ya?

    Betul ke ni?


    Manfaat hubungan intim
    • Sekali seminggu untuk tidur sempurna
    • Dua kali seminggu untuk kesihatan
    • Tiga kali seminggu untuk jantung
    • Empat kali seminggu untuk awet muda
    • Lima kali seminggu untuk prestasi kerja
    • Enam kali seminggu untuk menjadi lebih pandai
    • Tujuh kali seminggu (setiap hari) untuk kurangkan stress
    Sebenarnya dari segi kesihatan sekalipun, memang banyak sangat kebaikan hubungan intim kan? Cuma kita jarang terbuka untuk membicarakannya. Tapi, ada je yang jenis tak kisah. Siap bicara lagi apa perlu buat dan segalanya. Hahahaha. Eh malu la Mommy.

    HAPPY 5TH BIRTHDAY IN ADVANCE HANNAH DAMIA

    $
    0
    0
    Salam

    Malam tadi, dah sambut awal birthday Kasyaf (anak buah) & Hannah Damia. Tq auntie Fana, mama (mil) & ayah (fil) untuk sambutan tanpa Daddy ni.

    Happy la Hannah Damia tu. Hihi.

    Birthday anak buah Mommy hari ni (29092015) manakala birthday HD pula esok (30092015).

    Seronok la kakak tu bila tau ada kek. Tapi dok sedih2 sebab mil tak kasi letak lilin. Hiii


    Auntie Fana & Kasyaf

    Mommy & HD

    Mil hadiahkan ini untuk HD & AE

     
    hadiah harijadi

    HD memang nak sangat Robocar Poli tu. Tapi AE pegang 4 ketul tu memang x lepas-lepas. So nampak gaya, kena juga pergi cari nanti kat GM. Hiii

    Viewing all 249 articles
    Browse latest View live