Quantcast
Channel: Mommy's Diary of Life
Viewing all 249 articles
Browse latest View live

DIY KERTAS TISU ATAU BUNGA CREPE

$
0
0
Salam

Mommy sebenarnya tengah struggle mencari idea untuk goodies birthday party HD esok di tadika. Nampak gayanya, memang dah tak sempat nak buat apa-apa dah melainkan proceed dengan plan simple yang dah ready kat rumah tu. Untuk simple plan tu, Mommy akan kongsi di entri lain.

So, semasa menggali idea, Mommy ternampak dekorasi kertas tisu / tissue paper decorations / bunga crepe ini.

Jom tengok DIY menarik ini.




JANGAN SAMPAI PERLU MERANGKAK DATANG MINTA MAAF

PROMOSI 50% SUBWAY MULAI ESOK, 1 SEPTEMBER 2015

FUYOOO !!! GIVEAWAY BY MAMA DARWIISH

$
0
0

klik banner untuk join

FUYOOO !!! GIVEAWAY by Mama Darwiish

Hadiah :

1x Leonovo A560 + 8Gb SD Card
1x Cartoon Power Bank 8800 mAh
1x Mini MP3
1x Neesya Serum
1x Cash RM50

Tempoh :
28 Sept 2015 - 28 Okt 2015

Pengumuman Pemenang 31 Okt 2015

Syarat-syarat :
1. Blogger yang beralamat di malaysia - YES
2. Wajib mempunyai akaun instagram - YES
3. Follow, Add, Like semua blog, fanpage, G+, instagram penaja - DONE
4. Copy Code yang disediakan dan paste di ruang html blog anda - DONE
5. Tag minimum 3 rakan anda yang lain dan pastikan mereka tahu
+yaya cendana+yoorin melacolea+Yana MIB
- DONE
6. Tinggalkan link penyertaan & emel di kotak komen entri ini - DONE

Pemilihan pemenang :


1. Kesemua pemenang akan dipilih menggunakan random
2. Penyertaan akan terbatal jika gagal ikut syarat terutama No.2
3. Pemenang akan dihubungi melalui email

Follow Blog :
http://mamadarwiish.blogspot.my/
http://sharingiscaring-fiza.blogspot.my/
http://unclezuan.com/
http://mrspuex.blogspot.my/
http://mekzumbie.blogspot.my/
http://www.hafizhafizol.my/
http://aderakukeysah.blogspot.my/
- DONE

Follow G+ :
Khalid Kyle
Blurrydino
- DONE


Like Page Penaja :

Mama Darwiish

SuperMom With SuperKids

Blog Uncle Zuan

MrsPuexDotBlogspotDotCom

Gloxina17

Acacia Beauty Care HQ
Qyra Beauty Care
- DONE


KOMEN SITI NURHALIZA DI INSTAGRAM CHRISTIANO RONALDO JADI PERHATIAN

$
0
0
Komen Siti Nurhaliza Di Instagram Cristiano Ronaldo Jadi Perhatian

Seperti manusia yang lainnya, Dato’ Siti Nurhaliza juga sebenarnya tidak terlepas dari menjadi peminat pemain bola sepak paling popular di dunia ketika ini iaitu Cristiano Ronaldo. Dan, komen penyanyi nombor satu Malaysia di Instagram baru baru ini mendapat perhatian.

Kisahnya, Cristiano Ronaldo telah memuat naik sekeping gambar di Instagram yang beliau mahu menaiki pesawat untuk terbang ke satu destinasi dan komen yang ditinggalkan oleh Dato’ Siti Nurhaliza agak sweet untuk dibaca.


“Safe flight dear..,” tulis penyanyi itu yang mendapat perhatian ramai.

Biasa la tu. Siti pun orang jugak. Hahahaha. Naluri minat sama je. Ekekeek

Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc?

DIY BIRTHDAY DOORGIFT : HELLO KITTY CUTLERY HOLDER

$
0
0
DIY BIRTHDAY DOORGIFT : HELLO KITTY CUTLERY HOLDER

Salam

Sebenarnya Mommy patut mulakan projek DIY BIRTHDAY DOORGIFT : HELLO KITTY CUTLERY HOLDER dari minggu lepas lagi (cuti raya haji), tetapi tak sempat. Busy plus tak sihat. Tidak termasuk lagi kes lupa. Sigh.

Maka,

Malam tadi sahaja masa yang tinggal untuk siapkan DIY BIRTHDAY DOORGIFT : HELLO KITTY CUTLERY HOLDER ini.

Bahan-bahan yang diperlukan ialah
  • Cutlery / Sudu garfu - beli di Mr DIY - RM2.30 ada 12pcs
  • Sugar paper - beli di Popular - RM0.55 sekeping
  • Gunting
  • Tali - beli di kedai Craft - RM5.90 segulung
  • Sellotape
  • Gam
  • Stiker hiasan (print je) 

Caranya sangat mudah:
  • Lipat di hujung kertas yang digunting bersaiz empat segi tu..
  • Letak hujung sudu (bukan seperti Mommy letak di gambar tu) di tengah2 lipatan
  • Selotape supaya sudu tak bergerak
  • Lipat sahaja
  • Tampal selotape di bahagian belakang
  • Gamkan sticker
  • Ikat tali
Hasilnya begini
 
Masa ni Mommy baru siapkan 9 set sahaja. Bayangkan Mommy kena siapkan 100 set.

Namun, pukul 12 tengah malam, Mommy dah tak tahan. Asyik2 kena stop. Biasalah, 2 orang anak Mommy tu memang manja sangat2. Tak boleh kalau Mommy tak layan. Sebab tu Mommy suka kalau buat kerja2 DIY ni, biarlah masa dorang tidur. Hmmm

Akhirnya.. mampu siapkan 30 set sahaja..


Mommy dah pesan kat Hannah, untuk kelas 5KG1 sahaja iaitu kelas dia. Soalan yang berbangkit masa tu, kelas lain macam mana? Adoi la anak. Ampunkan Mommy lah. Tak larat. Masa ni la Mommy nak kena potong kertas, gunting printed sticker bulat, gunting tali, semua lah. Takde assistant. Sori ye nak.

WORDLESS WEDNESDAY #46

KETAGIH VONVON.ME


1000 PAYUNG PERCUMA DI MR DIY

SELFIE PALING COMEL - CABARAN INSTABLOG EFG DAY 1

$
0
0
Salam

Meh Mommy intro serba sedikit task dari Exchange Feed Group kali ini. Mommy nak join cabaran ini sebab cabaran ini nampak mudah dan menarik.
CaBaRaN iNsTaBLoG 7 HaRi EFGKBBA

1. SeLFiE PaLinG CoMeL
2. ApA aDa DaLaM WaLLeT AnDa?
3. PeRKaRa WaJiB BuaT SeTiaP HaRi
4. APa AnDa SeLaLu CaRi DaLaM FReeZer?
5. DrAMa TV / MoViE FeVeReT
6. BReaKFaST WaJiB AnDa
7. GaDgeT TeRCiNTa

SYaRaT PeNyErTaaN:
1. TeRbUKa KePaDa SeMuA yaNg AdA BLoG dAn InSTaGrAm
2. UpDaTe di BLoG dAHuLu
3. MaSuKkAn GaMbaR YaNg BeRKaiTaN dEnGaN CaBaRan daN kARanG aYat MeNaRiK YaNg Tak TeRLaMpaU pEnDeK aTaU TaK TeRLaMpaU PaNjAnG
4.KeMuDiaN sHaRe GamBaR BLurr di INstAgRaM
5. BuAT CaPTioN YaNg MeNaRiK igErs uNtuk MaSuk Ke BLoG AnDa
6. MaSuKkAN HaShTaG
#CaBaRaNiNsTaBLoG7HaRiEFGKBBA
#EfGKbbA
#ExChANgeFeEdGrOuP
#KeLAbBLoGgErBeNAsHaARi
7. BLoGWaLkiNg kE SeTiAp BLoG YaNg JoiN CaBaRaN INi dEnGaN MeNiNgGaLkaN KoMeN MeNaRik
8. FoLLoW bLoG sEkiRaNyA bELuM FoLLOw dAn MeNtiOn YaNg AnDa BaRu FOLLow
SeLaMaT MenYaHuT CaBaRaN dAN HaPpY BLoGWaLkiNg!

******

Untuk hari pertama, ialah task "SeLFiE PaLinG CoMeL".

Mommy bagi beberapa selfie yang paling comel di hati Mommy


Kenapa bagi banyak? Sebab word paling tu memang tak boleh nak decide. Kes ada 2 anak, takkan nak letak 1 je? Hahahahahha

Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc?

HAPPY 5TH BIRTHDAY HANNAH DAMIA : HELLO KITTY THEME

$
0
0
HAPPY 5TH BIRTHDAY HANNAH DAMIA : HELLO KITTY THEME

30 September 2015 merupakan hari lahir Hannah Damia yang ke 5. Cepatnya masa berlalu. This time, Daddy jauh di mata. Namun dekat di hati. Mommy Daddy belikan kek untuk HD so that boleh sambut di tadika.

Sebelum ini dah buat sambutan in advance dah untuk HD, siap dapat makan Baskin Robbin lagi.

Mommy tempah Carrot Cheese Cake ini kat officemate Mommy, Kak Zai. Mommy selalu juga order kat dia. Selalunya cupcake. Hihi..
  • Entri cupcake Hannah Damia di sini > klik
  • Entri cupcake Ariq Emir di sini > klik
Harga kek ini RM80. Beratnya pula 2.5kg. Cantik kan???


1st word yang keluar dari otak Mommy.. Ya Allah.. Gigihnya kak zai ni piping. Huhu.

Kalau cantik gini, sedap pulak tu, memang takkan ralat punya lah! Harga RM80 untuk Mommy dah tersangat murah compare tempat2 lain.

Minta izin balik awal so that Mommy leh join the party di tadika Little Caliph. Masa Mommy sampai tu, baru nak solat asar. Syahdu, comel, kelakar pun ada masa dengar n tengok. Mommy ambil gambar pun masa Mommy dengar dorang tengah bersujud. Hannah saf depan kanan gambar nih. Tudung lain dari orang lain. Hiihi. No wonder hari2 minta nak bawa telekung. Dia tak suka kalau tak pakai telekung. Mommy terhendap2 tengok, Hannah sangat fokus membaca. Mata tidak meliar mana2 kecuali ke arah sejadah.

Kenapa Mommy tak snap masa dorang tengah tahiyat ke apa. Tengok la ni.. Ada mata memerhatikan Mommy. Hihi. Umur si comel2 ini dari 3 tahun sampai 6 tahun tau. Boleh bayang tak budak 3 tahun contohnya tu, leh habis 4 rakaat solat asar yang mengambil masa almost 15 minit. Biasalah, baca surah versi bebudak. Mana boleh laju2. Hii

Masa yang ditunggu sudah tiba. Memasing menuju ke tempat makan. Hannah masih tak perasan kedatangan Mommy. Selepas kek dibuka, Mommy panggil dia. Wahh. Senyum meleret dalam malu-malu la kakak..


Kek Hello Kitty
sebagai tema tahun ini.

Hari tu kan Hannah frust tak dapat tiup lilin kat cake Baskin Robbin ini, so Mommy bawa lilin this time.

Kawan2 dah start ke meja makan.

Hannah yang malu2 tapi happy.

Kawan2 sekelas datang bergambar dahulu..

Bersama guru kelas 5KG1, Teacher Yana

Disebabkan tengah video, tak sempat nak snap tiup lilin. Suruh Hannah buat lakonan semula. Nasib baik dia layan. Haha


Teacher tolong snap. Daddy & adik takde. Sobs

Ok dah setel snap2, tiba masa untuk makan.

Teacher potong2 then letak dalam 1 plate. Kongsi ramai2. Mommy tengok, ada yang tak berani nak ambil lebih, ada yang makan bertambah2. Comel sungguh! Feedback dari teacher, ada seorang budak tu jenis tak makan cake sangat, tapi kali ni bertambah2. Selesai makan, masing2 ke baldi air, celup tangan & lap guna kain sedia ada. Erm.. Itu Mommy kurang gemar sikit. Huuu

Setel semua, Mommy bawa balik sepotong untuk Ariq rasa juga. Ariq pun nampak gayanya sangat suka. Memang carrot cheese cake ni sedap sangat!

Untuk doorgift, Mommy sediakan HELLO KITTY CUTLERY HOLDER ni. Untuk bebudak kelas sahaja lah. huuu


Dress yang Hannah pakai ini dijahit oleh mak Mommy iaitu Atuk. Cantik kan?

Sori la adik, Mommy tak bawak, Kang adik taknak duduk. Nak suruh Mommy dukung la, jerit la, apa la. Hiii.. Sambut kat rumah aje la dik ye. Sekarang ni dah sporting nak sebut peace, peace masa snap gambar. Hiii. Gaya je belum pandai buat lagi. Sebab?

Tu nampak tangan busy tu? Penuh robocar poli

Hannah Damia Haris Anuar

Anak Mommy Daddy,
Jadilah anak yang baik, mendengar kata, bijak dan solehah.
Mommy Daddy dan semua orang sayaaaaaaaaaaaaaaaaang sangat dekat kakak.
Jadi kakak yang baik buat adik-adik. Eh
Moga semua impian kakak tercapai.
Moga kejayaan sentiasa berpihak padamu di dunia dan akhirat.

Mommy Daddy takkan selamanya di sini.
Jadilah anak yang berdikari, kental dan tabah!
Jaga diri, jaga kehormatan, jaga nama baik sendiri dan ahli keluarga.
Belajar rajin-rajin dan Mommy Daddy doakan sentiasa hidup kakak dimurahkan rezeki.

Amin.

APA ADA DALAM WALLET MOMMY - CABARAN INSTABLOG EFGKBBA DAY 2

$
0
0
Salam


Kali ini, untuk cabaran instablog hari kedua, Mommy kongsi apa yang ada dalam wallet Mommy. Mommy jarang letakkan duit cash dalam wallet Mommy sebenarnya. Main buang je mana-mana sempat. Kalau rajin, baru gigih nyusun dalam wallet. Hahaha.

Nak cepat sokmo. #ocdpencen

Wallet ni Mommy beli kat Genting. Hii. Brand apa entah. Dah lupa.

apa-ada-dalam-wallet-mommy-cabaran-instablog-efg-day-2

Isi dalam, ada kad pengenalan, lesen, kad2 panel klinik, pas LRT, kad2 bank. Basic thing yang PENTING.

apa-ada-dalam-wallet-mommy-cabaran-instablog-efg-day-2
apa-ada-dalam-wallet-mommy-cabaran-instablog-efg-day-2

Sebenarnya Mommy ada BANYAKKKKKK sangat kad2 ni. Bukan credit card, tapi kad2 lain. Kalau nak letak dalam wallet, jawab dia memang gemok la wallet Mommy.

So, semua tu Mommy simpan dalam card holder ini.


Sebelum Daddy ke Mekah hari tu, diberinya pula kad2 yang dia pegang ni. Tapi, dah tak muat dalam wallet atau card holder dah. So main letak je memana part dalam beg tu. Hahaha


Jom uols join juga cabaran ni. Tengok syarat-syarat cabaran ni kat sini (klik) ye..


PERKARA WAJIB BUAT SETIAP HARI - CABARAN INSTABLOG EFGKBBA DAY 3

$
0
0
Salam

Hai semua. Awal ke bangun pagi ni? Mommy kalau nak lajak tido memang jangan harap. Ada je gangguan.

Mommy.. kakak lapar la

Mommy.. susu.. pinta si adik pulak

Jawabnya.. kena bangun terus.

So.. untuk cabaran hari ke 3 ini, perkara wajib buat setiap hari ialah

pastinya MEMBERUS GIGI.

Kadang-kadang tu, berhujung minggu ni malas jugak la nak mandi awal. Ekeke. Tapi berus gigi wajib awal. Hari kerja pun, kalau nak kemas2 barang anak dulu ke, iron baju dlu ke, masak dulu ke, memberus gigi ialah perkara WAJIB buat terlebih dahulu.

Ubat gigi Mommy ada 2 jenis.


Gilir2 Mommy guna. Optic White tu memang helpful juga la memutihkan dan mengekalkan gigi putih. Manakala Mukmin, mulut memang rasa segarrrr gitu.

Selain berus gigi ialah perkara wajib buat, haruslah breakfast. Ada sesetengah orang, tak breakfast tak mengapa. Mommy tak boleh. Paling simple, breakfast biskut pun dah ok. Nom Nom sambil kunyah biskut ni.

Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc?

FROZEN KARIPAP SEDAP!!

$
0
0
Salam.

Petang-petang macam ni, tetiba lapar la pulak. Hannah request nak makan. Kesian pulak kat budak demam tetiba pagi ni.

Pagi tadi ke klinik jap. Amek ubat for both of them. Selsema. Hannah plak ada demam panas tetiba plak pagi tadi. Dah masuk 4 kali dah Hannah demam sepanjang Daddy ke Mekah. Hmmm.


Merengek je. Bagi tab.. diam jap.

Godek-godek peti ais, ternampak ada frozen karipap yang MIL Mommy bawa baru2 ni. HDAE memang suka karipap.


Mommy ni jarang nau nak ada makanan2 sejuk beku ni. Jadi nya, main agak-agak je

Hannah start gigit tepi dulu. Hahah. Takpe la nak. Asalkan makan.

Mil (mentua) Mommy memang buat bisnes frozen karipap ni kat Kedah. Sapa nak cuba.. boleh info.

Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc?

APA YANG SELALU DICARI DALAM FREEZER - CABARAN INSTABLOG EFGKBBA DAY 4

$
0
0
Salam

Nak tunjuk sikit rupa peti ais Mommy ni..


Close up

Susun Atur ni Mommy dah share dalam Page Idea Susun Atur Dan Dekorasi Mommy nih.

Rupa peti ais Mommy pastinya akan berubah dari semasa ke semasa. Ye la. Kadang barang penuh.. kadang barang licin. Haha

So untuk cabaran Hari ke 4 ni.. apa yang selalu Mommy cari dalam Freezer?

Ini diaaaa..

Bekas telur!!! Perasan tak, rupa peti ais Mommy atas sekali tu, telur kat pintu peti ais. Kemudian, Mommy dapat info yang telur tak boleh disimpan di tempat suhu berubah-ubah. Kena maintain je suhu dia. Jadi, pintu peti ais tu kurang stabil suhunya sebab kita selalu buka tutup kan? Jadi, Mommy sediakan bekas asing (beli di Daiso) untuk simpan telur.

Kenapa Mommy cari bekas telur ni? Sebab.. Anak2 Mommy suka makan telur. Tengok lah pagi ni.. bila cari bekas.. tadaaaa


Tinggal 1 ajerrr? Nasib baik laaa ada stok. So refill semula.

Pagi ni sarapan nasi goreng orang demam. Perlukan telur, garam, nasi sejuk, sos tomato dan lada putih sahaja. Dulu masa Mommy demam.. pahit mulut, so mak akan buat nasi goreng ni. Sekarang turn Hannah plak. Sian dia. Demam day 2.

Kadang2 tu.. lunch n dinner pun mintak telur. So memang laku sangat lah telur kat rumah ni.

Selain tu.. Mommy juga selalu mencari sesuatu di bahagian atas peti. Apa tu???

Of course laaaa lauk yang nak masak. Ok. Dah nak lunch ni. Kena masak jap. Kbai.

DRAMA TV ATAU MOVIE KEGEMARAN - CABARAN INSTABLOG EFGKBBA DAY 5

$
0
0
Salam


Memang bernas sekali tajuk cabaran hari ke 5 ni memandangkan Mommy kebetulan ada drama tv yang TERAMATTTTTTTT lah Mommy suka!

Ada 3 jenis rancangan yang wajib Mommy tonton setiap hari selasa dan khamis. Channel 722 Astro!

Yang pertama ialah DEVIOUS MAIDS


Season 3 dah tamat dah. Mommy dengar, Season 4 akan keluar tak lama lagi. Wohaaaaaaaaaaa!! Tak sabar!

Yang kedua ialah MASTERCHEF U.S.


Dah ada pemenang episod latest baru-baru ini. Tahniah Claudia walaupun Mommy ingat Derrick yang akan menang. Sobs. Boleh tahan hebat jugak Christina yang gantikan Joe as judges kali ni.

Dan yang ketiga ialah AMERICAN NEXT TOP MODEL


Masih lagi bersiaran setiap Khamis, ANTM ni memang penuh drama sebab campur lelaki dan perempuan. Dalam cycle 22 kali ini, ada contestant, Nyle merupakan seorang OKU (pendengaran). Kesian tengok dia, tapi superb la bab kesabaran dia. Muka dia pun Mommy suka tengok. Sangat mendengar kata dan cepat pick up. Harap2 dia berjaya. Hiii

Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc?

RESIPI DETOX UNTUK KURANGKAN BERAT BADAN

LIRIK GENERASI KAMI (OST SUPER GAME BOY THE SERIES)

$
0
0
Salam

Mommy suka gila lagu Generasi Kami ni. Paling suka part Faizal Tahir nyanyi rock kapak tu. Hahaha



Lirik lagu Generasi Kami
(OST Super Game Boy)

by Jalaluddin Hassan, Faizal Tahir, Afdlin Shauki, Juzzthin & Wafiy Popstar
LIRIK:

Chorus - Jalaluddin Hassan
Kanan kiri
Kita berpusing
Dayung mendayung sampai Tanjung Tiga

Biar lain
Kita bermain
Asalkan kita berbahagia
Di zaman kita

Verse 1 - Afdlin
Baling tin, gasing dan guli
Lastik getah, konda-kondi
Bedak cuticura, minyak zam zam
Lepas sekolah pancing ikan tepi kolam

Duit kertas lima ratus ringgit
Duit kertas satu ribu ringgit
Rambut afro, seluar panjang bawah kembang
Ayah pergi kerja, tak payah cukur jambang

Sharifah Aini, Kumalasari
Saloma, AR Badul dan Carefree
Sweet Charity, Mokhtar Dahari
P. Ramlee

Repeat Chorus
Bersama-sama
Bersuka ria
Ikutkan cara
Di zaman kita

Verse 2 - Faizal Tahir
Polis and thief, one two jaga
Polis mati pencuri jaga
Ayah bergaya naik proton saga
Beg sekolah hijau sangkut di kepala

Sudirman, Alleycats, Thundercats, Voltron
Suria Baja Hitam, Doraemon
Pagi-pagi, tengok TV pendidikan
Layan katun sang kancil hilang rasa bosan

Rock Kapak kemuncak zaman gemilang
Search, Wings, LeftHanded, Iklim dan Gersang
Gila-Gila Remaja, Ujang dan Azura
OG dalam Ali Setan

Repeat Chorus

Verse 3 - Juzzthin
Budak hiphop merata-rata
Nasi lemak antarabangsa
KLCC, MSC
Beli game CD di plaza Imbi

Cakera padat dan tape video
Gameboy, Tetris, Nintendo
Wawasan 2020
Kancil perodua dan ASTRO

Cyberjaya, Putrajaya
Dato Azhar satu dunia belayar
Sembilu, 2+1, Pi Mai Pi Mai Tang Tu

Repeat Chorus

Verse 4 - Wafiy Popstar
Dari Nokia ke Iphone, caller ringtones
Main PS sampai jadi rabun
Kita AFUNDI, untuk Mawi
di Akademi Fantasia...

VCD, DVD, MP3, USB
Guna streamyx laju-laju
Tengok Youtube, layan lagu

Meet Uncle Hussain, Maya Karin
Hujan, Zizan dan Johan
KL Gangster, Zombie Kampung Pisang
Cicak Man, Jangan Pandang Belakang!

LAST CHORUS
Kanan kiri
Kita berpusing
Dayung mendayung sampai Tanjung Tiga
Biar lain
Kita bermain
Asalkan kita berbahagia...

Kanan kiri
Kita berpusing
Dayung mendayung sampai Tanjung Tiga
Biar lain
Kita bermain
Asalkan kita berbahagia
Bersama-sama
Bersuka ria
Ikutkan cara
Di zaman kita

Bersama-sama
Bersuka ria
Ikutkan cara
Di zaman kita

psst : Siapa ulang2 video ni, kita geng!!

Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc?

KENAPA ANDA PERLU SOKONG BREASTFEEDING FOR WORKING MOTHERS

$
0
0
Salam

Thanks kak +Saidila Abdul Rahman sebab share video yang amat bermakna ini.

Kenapa Mommy share video ini?

Tonton dahulu..
These people were invited to a fancy lunch treat but were led to an unexpected location. Find out where and why.



Mommy seorang wanita berkerjaya.

Mommy juga pam dan menyusukan anak.

Hanya mampu sediakan susu yang di pam sehingga 1 tahun 3 bulan. Erm.. Terpaksa stop lepas tu atas sebab...

Tak mengapa, sekurang2nya, Mommy ada tempat yang selesa juga nak pam di office. Iaitu di surau.

Kalau macam video ini? Ermm..

Susu ibu ialah hak anak. Berdosa kita nak menafikan haknya itu.

Namun, jika ada kesulitan, jangan pula kita salahkan diri sendiri. Allah maha mengetahui.

BREAKFAST WAJIB MOMMY - CABARAN INSTABLOG EFGKBBA DAY 6

$
0
0
Salam

Dah malam ni. Baru sempat nak update cabaran Hari ke 6 InstaBlog EFGKBBA ni.

Cepat masa berlalu. Dah 6 hari buat cabaran ni, maka berupdate juga la blog ini. Kalau takde cabaran, memang mencakar juga nak cari idea. Hii. Kalau dilihat kepada Niche Blog Mommy tu (Health, Parenting, Food, Lifestyle & Beauty), tajuk hari ni fokus kepada Food.

Perihal Food yang Mommy nak cerita ini secara tidak langsung dapat majukan Petronas Bukit Antarabangsa. Itu pun kalau pembaca blog Mommy berada di sekitar Bukit Antarabangsa dan Ukay Perdana lah. Hiii.

Ini dia Breakfast wajib Mommy.


Nasi lemak Petronas.
LA Coffee
Sandwich in case kalau kelaparan amat.

Breakfast nasi lemak ni memang selalu sangat lah Mommy beli. Dulu harga cuma RM1.30 je. Sejak GST, dah jadi RM1.59.. Hmm. Redhooo je la membeli.

Lauk dia.. memang sikit tapi nasib baik la nasi n sambal dia sedap. Leh la layan berlaukkan bawang tu. Kenyang.


Kadang2 tu.. kalau tak sempat beli nasi lemak atau apa2, LA coffee tu memang wajib la. Cukup dah as breakfast wajib Mommy. Ini satu2nya coffee yang tak buat Mommy sakit perut. Beli yang jenis paket2 kat Aeon Big je. Type takde gula.

So.. korang breakfast apa?

Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc?
Viewing all 249 articles
Browse latest View live